Wednesday, December 2, 2009

SERIBU LANGKAH MENGHARUNGI HIDUP


Memikirkan masa depan

Aku tidak pasti apa yang aku fikirkan

Sejak dua menjak ini

Sering kali termenung, menangis

Aku kebingungan, ingin mencari ketenangan


Ya Allah, apa la dugaan yang Kau duga aku kali ini

Aku bukan ingin mencari kekayaan

Cuma aku ingin memberi kesenangan dan kebahagiaan ibu bapaku

Perginya ayah tika aku sibuk bekerja

Hanya menjengahnya sekali sekala sahaja


Bukan aku nak meratap pemergian ayah

Cuma terlalu banyak kenangan

Ketika susah aku selalu bersamanya

Semasa kecil, sama-sama mebantunya mencari rezeki

Walaupun aku tahu pengorbananku tidak sebesar mana


Niatku bila ku mendapat pekerjaan tetap

Aku ingin meringankan bebannya

Tapi apakan daya

Engkau lebih menyayanginya

Tidak sempat merasa sedikit kesenangan



Kini aku kasihku cuma pada emak

Aku tidak mahu emak derita lagi

Bertungkus lumus bekerja mencari rezeki

Semata-mata ingin menyenangkan kami

Walaupun kudratnya tidak sekuat kini


Banyak impian emak belum tercapai

Aku hanya mampu mendengar, mendengar, mendengar

Apa yang boleh aku bantu Ya Allah

Dapatlah kiranya Engkau lorongkan aku jalan

Jalan untuk aku capaikan impian emak


Ketahuilah oleh Mu Ya Allah

Aku sentiasa memerlukan MU

Namun kadang kala aku akui

Aku terleka tika aku gembira

Mencari MU tika aku bersedih


Dugaan yang Kau turunkan adalah hikmah dari MU

Cuma aku tidak Nampak apa kelebihannya lagi

Hingga kini aku mencari

Sinar hidayah yang terbaik dari MU

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui



Monday, November 30, 2009

JODOH

Bila menyebut tentang jodoh, pastinya kita akan memikirkan tentang alam perkahwinan dan membina sebuah keluarga sehinggalah mengharapkan zuriat yang soleh dan solehah, sempurna dari segi akal dan fizikalnya... Akan tetapi semestinya kita tidak boleh menolak segala kemungkinan jodoh yang telah Allah tetapkan untuk kita. Ada yang mungkin sehingga hari ini, masih tercari-cari, ada juga yang belum sampai ke ikatan yang sah dan ada juga yang berpisah walaupun telah lama membina mahligai ini.

Kenapa agaknya tiba-tiba aku ingin bercerita tentang jodoh pada hari ini? Entahlah... Hati ini tiba-tiba rasa sebak bila mendengar cerita dari kawan rapat aku sendiri.. Sayu sangat-sangat terasa hingga menusuk jiwa ini. Ianya terjadi bila timbulnya simboliknya perkataan 'restu'...


Menarik nafas panjang dan dalam aku hari ini. Mendengar kisah sedih sahabatku, menginsafkan diri aku seketika. Perhubungan tidak direstui ibu pihak lelaki!!! Aduh!! Sakitnya jiwa ini terasa. Perhubungan cinta yang terjalin lebih 5 tahun, merancang untuk bertunang tahun hadapan, tiba-tiba hampir musnah pabila hasrat itu ditentang secara lembut tetapi sakit oleh ibu si lelaki.. Ya Allah! Besarnya dugaan yang Kau berikan pada sahabatku ini. Aku cuma mampu menangis, mendengar dan menasihatkannya agar sentiasa sabar, terus bertahan dengan hubungan ini. Usaha sedaya yang mungkin untuk melembutkan hati bakal ibu mentua ini... Segala penolakan adalah semuanya disebabkan terlalu memikirkan kesempurnaan fizikal. Pada aku, sahabatku ini sempurna, tiada apa yang kurang. Entahlah.. Lain orang lain pandangan..


Cuma aku mohon agar dia tetap tabah, masih ada ruang untuk memperbetulkan keadaan dan persepsi si ibu yang hanya mendengar kata-kata orang yang kurang memikirkan kesinambungan perasaan dan kasih sayang berlandasan pengertian tanggungjawab. Ini juga ada sebagai satu ikhtibar untuk aku, sesungguhnya tiada yang sempurna di dunia ini dan aku teringat akan kata-kata ini:-

“Dalam soal membina berumahtangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumahtangga dibina atas kesempurnaan, kita tidak jangka sebarang kekurangan dan selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri/suami yang sering terlihat di mata. Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”


Yang paling ku harapkan, moga sinar kebahagiaan akan dikecapi oleh pasangan sahabatku ini, direstui kedua belah pihak dan paling penting dirahmati oleh Allah swt hendaknya. Sesungguhnya, kasih sayang dari ibu bapa kita adalah lebih besar... Kerana tanpa mereka, mungkin kita tidak akan berdiri dan hidup sehingga kini...

Friday, November 20, 2009

Akhirnya Kerahan 5S Selesai...

19 Nov 2009 - Merupakan hari yang ditunggu-tunggu selama ini selepas hampir 3 minggu membuat persiapan untuk hari ini. Bermula awal pagi jam 8.30pg kesemua warga kerja Bahagian menunggu panel penilai datang terutamanya Urus Setia 5S berkumpul di Ruang Utama Pejabat untuk menyambut kedatangan panel dan paling kelakarnya, tiba-tiba aku jadi mangsa untuk sambut panel (dah tak de orang lain nak dipanggil, akhirnya nama dijerit suruh jadi 'guard' pintu).




Dijangkakan jam 9.00pg panel akan datang, tapi tunggu punya tunggu, sampai ke 9.40pg, baru lah tibanya orang yang ditunggu2... Dengan senyuman yang kononnya manis, dilafazkan ucapan 'Selamat Datang...' kepada panel yang datangnya seramai 5 orang panel (2 lelaki dan 3 wanita), diiringi oleh Ketua Pegawai Bahagian kami, beberapa pegawai yang akan menerangkan setiap sudut dan fungsi Bahagian nanti.. Mereka dijemput ke bilik mesyuarat sebagai tanda hormat kehadiran mereka disambut.




Dalam tempoh 10 minit, penerangan diberikan panel menjalankan tugasnya, membuat pemeriksaan dengan jayanya... Em.. Tengok jela... Ada je kesalahan diorang akan tgk nnt. Selepas 30 minit memusing tempat indah kami, segalanya selesai. Ok, di sini dipaparkan tempat-tempat kami selepas dibersihkan... Saksikan... Huhuhuhu...