Thursday, December 29, 2011

Barang Untuk Anak Abah Ibu - Comel kan??? :D

Semalam aku terima barang untuk anak abah ibu yang aku order by internet . Memang seronok masa bukak.. Comei sangat. Aku beli melalui blog http://bongbongidea.blogspot.com. Terima panggilan dari staf Airpak jam 9.43 pagi nak datang hantar barang antara jam 12.00pm – 1.00pm. Nasib baik abang ada di rumah, cuti… Kerana tak sabar, tepat jam 1.00pm terus mesej abang, nak tau barang dah sampai ke tak? Lebih kurang 15 minit kemudian, abang kata: “Baru 10 minit sampai…. Beso…. Huhu…”.

Hah! Beso? Makin excited nak balik umah. Soh abang bukak dulu tak mahu, katanya biar aku yang bukak sebab aku yang beli. (Padahal, guna duit dia jugak.. huhuhu). Jam 5.25pm aku sampai di rumah. Jejak kaki kat ruang tamu, terus mata ni melilau tengok bungkusan yang dikatakan beso..

Tanya abang, “Mana abang bungkusnya?”.

Jawab abang “Tu…. (tunjuk guna bibir muncung dia)”…

Aku jawab balik “La… Comei je, abang kata beso sangat”

Jawab abang lagi “Kan abang gelak dalam mesej tu.. huhuhu”

Dengan konfiden nya, aku terus koyakkan bungkusan tu. Wah!!! Comelnya beg ni.. Memang puas hati.. Terima kasih untuk owner blog bongbongidea.. (Walaupun tak berapa ramah untuk jawab barang aku ni dah diposkan dan bayaran telah diterima)..

Apepun, memang puas ati, dah dapat beg untuk anak abah ibu nie~~ :D

Monday, December 19, 2011

Ujian MGTT & BSP

Apa itu MGTT? MGGT adalah singkatan bagi Modified Glucose Tolerance Test. Ujian ini dijalankan ke atas ibu mengandung yang berkemungkinan menghidapi Kencing Manis (Diabetes).

Bila ia diuji? MGGT akan diuji ke atas ibu mengandung disebabkan:

1) Mempunyai diabetes sebelum kehamilan/mengandung
2) Sejarah keluarga mempunyai diabetes (ahli keluarga ibu mengandung)
3) Mempunyai berat badan yang berlebihan mengikut BMI (Body Mass Index)
4) Pertambahan berat badan mendadak ketika mengandung:-
Normal – kandungan 5 bulan pertama – 0.5kg sebulan
– kandungan seterusnya – 0.5kg seminggu

Bagaimana ia diuji? Sekiranya ibu mengandung mempunyai satu satu daripada sebab-sebab di atas, ujian akan diberi dengan meminum 75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air. Tetapi sebelum ujian dijalankan, ibu mengandung perlu:-

1) Berpuasa dari jam 10 malam (sehari sebelum ujian dijalankan) sehingga jam 10 pagi esoknya
2) Tidak boleh makan atau minum dalam tempoh tersebut

Pada jam 8.00 pagi, sample darah akan diambil dengan cara suntikan dan dimasukkan ke dalam tabung uji dan larutan glukosa tadi diminum. Dalam tempoh 2 jam selepas minum larutan glukosa, tidak dibenarkan makan atau minum. Selepas tempoh tersebut, sample darah akan diambil sekali lagi. Selesai. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 – 3 hari (bergantung kepada pusat rawatan).

Apa itu BSP? BSP adalah singkatan bagi Blood Sugar Profile. Ujian ini dijalankan ke atas ibu mengandung telah menjalani ujian MGGT dan bacaan paras gula dalam darah melebihi 7.8.


Seperti pengalaman aku, ujian BSP dilakukan dengan mengambil setitik darah dengan mencucuk jarum di jari sebanyak 4 kali sehari (sekali sahaja ujian dijalankan dalam tempoh 2 minggu) bermula jam 8.00 pg - 12.00 tgh - 5.00 ptg - 8.00 mlm. 2 jam sebelum ujian, pesakit tidak dibenarkan mengambil makanan.

Masuk ke trimester kehamilan – 27 Minggu - PEDIH ULU HATI MELANDA

Dah 2 hari aku rasa tak selesa perut ni, rasa pedih hulu hati plak.. Suruh buang angin, ia x mau.. Sendawa lagi la susah.. Disebabkan tak selesa ni, aku cuba search by internet tentang punca ulu hati dan cara macamana nak atasinya ketika mengandung..

Cari punya cari kat internet ni, ada satu blog yang menarik dibaca. Kalau ikut penulisan empunya blog tu, dia nyatakan punca dan cara mengurangkan pedih hulu hati. Okeylah, di bawah ini aku nyatakan punca dan cara mengurangkannya:-

Puncanya:
Lebihan asid dalam perut dan disebabkan tekanan perut yang semakin membesar. Pemakanan yang boleh menyebabkan asid itu terjadi:-

PUDINA – COKLAT – TOMATO – BAWANG – MAKANAN BERLEMAK – KOPI –TEH – JUS BUAHAN SITRUS – AKHOHOL

(rumusan: makanan sejuk, bergas, kafein, akhohol memang tidak digalakkan untuk makan)

Untuk kurangkan:
Pemakanan: makan makanan berhalia untuk keluarkan angin
Selalu bersenam (kecuali melibatkan cara membongkok), pakaian longgar, tidur di posisi kepala dinaikkan sedikit dan mengiring ke kiri.

Selain itu, terbaca tips dari blog:
http://ratuhati.wordpress.com/2007/05/11/pedih-ulu-hati-ketika-hamil/

Jika anda sedang hamil, mungkin anda akan mengalami pedih ulu hati. Untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa tidak selesa ini, amalkan tips berikut :

Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.

Makan secara perlahan-lahan.

Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.

Elakkan makanan-makanan yang pedas.

Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.

Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.

Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.

Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.

Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.

Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.

Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.

Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.

Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.

rujukan :
babycentre.com
medicine.com
webmd.com