Tuesday, August 18, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum…. Tup2… Dah hampir tibanya Bulan Ramadhan yang sememangnya dinanti, maknanya dah setahun berlalu rupanya… cepat betul ye… Azam aku bulan ramadhan tahun ini insyaAllah jika diberi peluang yang sebaiknya, dapatlah kiranya aku melakukan ibadah ini dengan penuh ketekunan dan diberkati oleh-Nya. Aku nak lebihkan amalan dan yang penting kuatkan hati aku untuk lakukan perkara yang sebaiknya aku tunaikan.

Bila difikirkan kembali ini adalah ramadhan yang ke 3 aku tidak menyambutnya bersama arwah ayahku tersayang. Terkenang pula tika kami bangun sahur seawal jam 4.30 pagi. Banyak kenangan bulan ramadhan dengan ayah. Ayah yang selalunya mengejut mak dan anak-anaknya bangun untuk bersahur. Al-maklum mak selalu tidur lewat setelah bertungkus lumus menjahit pakaian sehingga ke malam. Selalunya jika puasa tiba di cuti persekolahan ayah, mak dan aku akan tidur lewat sehingga pagi esoknya. Selalunya ayah yang akan menjahit setelah solat terawih, di sinilah aku teman ayah jahit sambil kami mendengar berkumandangnya lagu-lagu raya di radio. Radio yang menjadi pilihan ketika itu adalah radio THR atau radio muzik yang banyak berceloteh bermacam-macam cerita. Dan yang pasti ayah meminati lagu-lagu raya lama terutama lagu P.Ramlee, dia akan mengikut nyanyian lagu tersebut. Di situla yang akan merapatkan kami, ayah berkongsi cerita dan pengalamannya. Syahdunya tika ini aku teringat akan dia. Aku sayangkan ayah sebab mungkin aku agak manja dengan ayah. Aku selalu bantu ayah menjahit butang, menggosok pakaian pelanggan yang dijahitnya, membantu menjahit apa yang boleh aku bantu dan kadang kala menemannya ke johor bahru untuk menghantar pakaian pelanggan. Walaupun agak letih tapi pengalaman inilah yang mengajar aku berdikari. Tahu betapa susah dan senangnya mencari rezeki, tahu akan payahnya ayah dan mak menyara kami. Banyak sebenarnya kalau aku nak bercerita tentang ayah. Ayah… Syuad sayang ayah, syuad rindu sangat-sangat kat ayah…

Tahun ini, insyaAllah kami akan menyambut puasa dan hari raya di rumah baru, walaupun rumah tidak sebesar dan sempurna mana tapi itulah yang diimpikan oleh emak untuk meraihkan puasa kali ini dan yang pasti ayah tidak merasa untuk menduduki rumah baru kami ini. Kami tahu tuhan lebih sayangkannya dan kami sememangnya sayangkan ayah. Semoga ayah dicucuri rahmat oleh-Nya.

Friday, August 14, 2009

Virus Sakit Tekak bermula!!!

Dah lebih seminggu tekak nie lain macam sejak pergi ke negeri di bawah bayu minggu lepas... Mungkin disebabkan keadaan bercuacakan jerebu tebal di sana. Baru 2 hari aku di sana terus demam dan perit tekak.. Dalam kepala punya la takut, yelah sekarang nie musim virus H1N1 - selsema &*@!... Takutnya... Tapi alhamdulillah tekak tidaklah perit seperti sebelum2 ni.. Batuk ringan2 aje.. Selepas tiba di Ibu kota Malaysia nie, aku terus ke klinik dan doktor sarankan minum air kosong banyak2..

Sunday, July 26, 2009

Aku dalam Cinta???

Pertama kalinya perasaan ini bercerita tentang cinta, dah berkali insan cuba untuk memberi perasaan ini sejak dlu lagi tapi perasaan ini aku tahan. Waktu itu sememangnya pintu hati aku tidak terbuka untuk sesiapa. Tanggal 25 Januari 2009, tuhan telah temukan aku dengan seseorang yang aku tidak sangka sampai ke sini hubungan kami. Disayangi...

Aku tidak mengenalnya,al-maklumlah kenai pun macam tue je.. Tika itu aku kebingungan, sakit jiwa ini yang lama aku pendam, memerlukan seseorang untuk dengar masalah yang selama ini aku fikirkan. Tetiba dia muncul.. Aku pula cukup yakin tanpa segan silu bercerita segalanya kepadanya, ditakdirkan oleh Allah swt, dia sebenarnya dekat dengan aku, cuma tidak ditemukan sebelum ini. Itulah indahnya kejadian tuhan.. Mengatur segalanya tanpa kami rancang...

Agak baru hubungan kami, sepanjang berkawan, kami tidak pernah berbual. Cuma jemari yang merapatkan kami sehingga tarikh 12 Jun 2009 (sabtu), ape yang kami janjikan untuk berjumpa terjadi. Perjumpaan pertama, tidak rasa debar atau takut... Selesa seperti telah lama kenal... Janji jam 2.30 - 3.00 petang berjumpa tapi dia lewat setengah jam. Dan akhirnya kami bertemu.. Berjalan mengeliling kompleks yang sebenarnya telah aku pusing sementara menunggunya tadi. Kelakar bila difikirkan semula. Dia mungkin buntu, aku xpasti dan akhirnya kami beralih untuk ke kompleks yang lain, agaknya kurang menarik.

Sepanjang perjalanan, aku banyak berdiam. (itulah sikap aku yang xboleh diubah bila berjumpa dengan 1st met person). Tapi waktu itu kami bukan seperti pasangan bercinta tetapi teman tapi mesra.

Dan kami membuat temu janji untuk kali ke-2, pada 11 Julai 2009, dan di situ hubungan masih sama, kami makan, berjalan dan menonton wayang... Dan malam tersebut, dia meluahkan perasaan sebenarnya pada ku melalui SMS, aku terima tapi aku sangsi dengan keputusan yang aku buat. dan pada 14 Julai aku minta untuk difikirkan kembali, tetapi melihat kesungguhannya dan meminta pandangan kengkawan... Aku terima seadanya walaupun sebenarnya aku masih mencuba...


Semakin hari semakin sayang... tapi tidak tahu la... episod cinta kami.. Maklumlah cinta jarak jauh, sekali dalam sebulan berjumpa. Wajahnya pun samar2 aku ingat... Teruk kan...