Pada 25.11.2011, aku telah menjalani rawatan susulan setelah aku disahkan ada kencing manis di tahap bacaan 8.9 (kiranya glukosa terganggu). Rawatan susulan ini dinamakan BSP - Ujian gula dalam darah. Diuji sebanyak 4 kali pada hari tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Sebelum setiap ujian dijalankan, aku diarahkan untuk berpuasa selama 2 jam. Berikut bacaan setiap ujian tersebut:
Jam 8.00 pagi - 4.7 (normal)
Jam 12.00 tghari - 5.3 (normal)
Jam 5.00 petang - 3.7 (kurang gula pulak)
Jam 8.00 malam - 7.9 (ada kandungan yang tinggi dalam darah)
Mengikut teguran misi yang bertugas malam tu, dia tanya apa menu yang aku ambil sebab tiba-tiba naik mendadak. Rupanya menu yang aku ambil xsesuai dimakan waktu itu - Nasi berlauk + air sirap. Nasihat misi jika ingin minum air bermanis, letakkan perahan limau bersama. Katanya sirap ni tinggi gulanya. Pengalaman mengajar kan...
Aku diberi temu janji untuk berjumpa doktor pada 1/12/2011 dan setelah berjumpa doktor, doktor mengarahkan aku untuk melakukan beberapa temu janji lagi pada bulan ini. Ada 6 temu janji!!! Banyak betul...
05.12.2011 - Kena buat ujian darah lagi dengan klinik luar - jam 9.00pagi
12.12.2011 - Jalani ujian darah BSP (4kali) - kompem kena cuti
14.12.2011 - Berjumpa dengan misi (rawatan bulanan) - jam 2 ptg
15.12.2011 - Berjumpa dengan doktor - jam 2 ptg
07.12.2011 - Jumpa Pakar Hospital Sultan Ismail (HSI) - untuk nasihat pemakanan dan ujian
21.02.2012 - Jumpa Pakar Klinik Kesihatan Masai - dapatkan nasihat kesihatan
Rumit rupanya bila didapati Kencing Manis ni, silap aku juga tak jaga permakanan.. Maafkan ibu sekali lagi ye anak abah ibu, ibu tak berhati-hati...
Malam tadi baby sangat aktif bergerak, kanan ke kiri... :D
Moga anak abah ibu tak ada apa-apa, biar ibu susah sikit, dia kat dalam tu sukaria pun tak pe...
Friday, December 2, 2011
Monday, November 21, 2011
Bacaan Darah 8.9 - Erm... Suspek Kencing Manis
Jam lebih kurang 5.15pm aku mendapat panggilan dari Klinik Kesihatan Ibu Mengandung - Masai, bacaan darah aku kurang baik mengikut ujian darah yang dilakukan pada 17 Nov 2011 yang lalu. Aku suspek KENCING MANIS!!!
Bacaan sebelum minum glukosa (Puasa ) - 4.5 (normal)
Bacaan selepas minum glukosa ( lepas 2 jam ) - 8.9 ( Toleras Glukosa terganggu)
Maafkan ibu ye anak abah ibu, ibu tak jaga makan selama 4 minggu sebelum ini. Mungkin ibu banyak makan makanan manis. Aku pun perasan sebenarnya, aku banyak makan biskut coklat dan benda manis-manis dalam tempoh sebulan lepas. Entah kenapa? Patutlah masa scan tengahari tadi, doktor kata bayi dalam kandungan ini besar sedikit (ukuran 24 minggu ) sedangkan aku sekarang 23 minggu.
Disebabkan masalah ini, misi KK Masai minta aku datang ke klinik pada hari jumaat ini untuk buat ujian darah 4 kali sehari jam 8 pagi - 12 tengahari - 4 petang - 8mlm... Aduhai...
Selepas itu, pada selasa depan terpaksa jumpa doktor. Kena kaunseling la nampaknya...
Sekarang ini, aku menjalani masa berpantang, makan dan minum makanan berkhasiat. Semua makanan bergula aku elakkan sepenuhnya... terutamanya coklat manis dan aiskrim...
Maafkan ibu ye anak abah ibu....
Ibu tak jaga makan...
Abah pun dah mula risau...
Wednesday, November 16, 2011
Berat Terlebih Naik, Darah Cair Pulak
Petang tadi pergi monthly check-up.. Terkejut bila dapat result 'Berat terlebih' - xpasal2 report card merah.. huhuhu.. mesti pekena daging korban banyak.. hehhe...
Kalau ikut aturan dan berat badan yang normal bagi ibu mengandung, untuk tempoh dah masuk 5 bulan ni, peningkatan berat badan cuma 0.5kg seminggu. Jadi bila kiraan untuk 4 minggu kepeningkatan yang maksimum cuma 2kg tapi aku : 2.8kg ... Hohohoho... Naik 0.8kg, banyak tu.. Xpasal2 esok kena minum air gula. Kena puasa start jam 10mlm ni hingga pagi esok...
Report kad merah untuk bulan nie:-
Berat Badan : +2.8kg - terlebih 0.8kg
Kepekatan Darah : 10.9 HB (gm%)
Kalau berat badan naik, takut kebarangkalian diabetis berlaku - Kencing Manis / Darah Tinggi
Kepekatan Darah, sangat bahaya kalau kurang sebab kemungkinan boleh berlaku :-
1) Tumpah Darah
2) Keguguran dalam kandungan
3) Bersalin tidak cukup bulan
4) Masalah pada bayi
5) Puncanya kurang vitamin dalam pengambilan sayuran hijau.
6) Nasihat: Makan banyak sayuran hijau terutama bayam, makan kerang, hati, ikan bilis yang banyak zat untuk pembinaan vitamin dalam pembentukan darah
Patutlah aku sekarang cepat rasa letih dan penat.
Takutnya dengar, harap-harap anak abah ibu tak apa-apa. Risau sangat-sangat. Lepas ni ibu pastikan jaga pemakanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)