
Ucapan ini ditujukan buat semua yang sudi melayari blog saya ini. Tujuan blog ini terbina adalah sebagai memperbaiki cara penulisan yang dah lama ditinggalkan, mungkin sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Alahai... Memang susah sangat-sangat bila fikiran yang masih berlegar-legar mencari idea dan ayat-ayat untuk disusun. Lagipun melalui blog ini, dapat juga mengisi masa lapang dari aku buat benda-benda yang tidak berfaedah. Ye tak? Ye kan jela... Bak kata orang (tak kan la makhluk lain pulak berkata-kata), melalui penulisan tak kira tulisan tangan ke berkomputer, kita dapat meluahkan apa yang terbuku dan terpendam dalam hati melalui pendapat, perasaan, kemahuan ataupun keinginan.
Dengan ini, buat teman-teman yang sudi membaca blog saya ini, ringan-ringankanlah jemari saudara/saudari untuk memberi komen/pendapat pada setiap blog yang akan saya pamerkan kelak. Kerana melalui pendapat inilah, dapat memajukan lagi hasil penulisan saya nanti. Bak kata KSN yang saya dengar pada pagi hari ini, "Complaint is gift!" Pelik kan...Tapi itulah kenyataannya... Mungkin pada mulanya kita tak dapat terima, tapi lama-kelamaan kritikan inilah yang membantu kita untuk memajukan diri antara kita sedar atau tidak.