Sunday, June 5, 2011

BILA SAKIT ITU DATANG....





4hb Jun 2011 - Semalam entah kenapa aku kerap ingin membuang air kecil hampir 4 kali dalam tempoh jam 7.00am - 01.00pm sedangkan waktu tersebut aku tidak mengambil minuman mahupun makanan. Leka tidak leka, semasa aku keluar bersama abang, keinginan untuk membuang semakin kerap dan kali ini makin pedih... Mungkin kurang air dalam badan agaknya.
Sampai sahaja di rumah jam 6.32pm, rasa terkucil terasa lagi dan akhirnya 10 minit selepas itu aku buang air kecil lagi namun alangkah terkejut kali ini ada ketulan darah bersama dan lebih menyakitkan bila terasa ngilu yang teramat sangat... Sakit... Terus aku berlalu untuk khabarkan pada abang... Kami mula risau... Dan tidak sampai 10 minit, aku membuang air kecil lagi, lagi sekali sikit dan kali ini titisan darah jelas kelihatan.. Sudah.... Terus aku search internet by via mobile untuk tahu tanda ini adakah disebabkan BATU KARANG... Cari guna Google Search terbukti memang itu tanda-tandanya yang amat ketara dan diminta untuk rujukan doktor segera kerana berlaku jangkitan kuman di dalam buah pinggang.

7.53pm - Aku dan suami sampai di Klinik Penawar di Masai, Johor. Aku merupakan pesakit ke 4 yang masih menunggu. Dalam tempoh 20 minit menunggu, 2 kali aku membuang air kecil dan kali ini memang teramat sakit. Abang mula risau dan risaunya lebih dari apa yang aku rasanya.

8.21pm - Kini giliran pemeriksaanku. Bila doktor tanya sakit apa? Bila ku bagi jawapan "Kencing berdarah". Terus doktor mengeluh kata "Aduh.... kencing berdarah... berat tu...". Terus aku rasa bergetar dan bergenang airmataku... Setelah membuat pemeriksaan lebih lanjut, doktor menyatakan, terdapat darah dan jangkitan kuman... Jika tidak dirawat dari awal kemungkinan akan terjadinya batu karang...

9.01pm - Kami sampai di rumah, abang terus menyuruhku meminum air kosong. Seperti nasihat doktor, setiap 1 jam - 1 gelas air. Selepas makan ubat, badan aku mula rasa panas terus demam mungkin kerana kerap kencing tidak lawas dan sakit serta adakalanya berdarah.

Kesimpulan dari pengalaman aku ini:-
Atas penerangan doktor

PUNCANYA
1) Tahan Kencing
2) Kurang minum air

TANDANYA
1) Lenguh di bahagian belakang
2) Loya
3) Kencing tidak lawas dan rasa pedih serta ngilu
4) Kencing Berdarah (Tanda kronik)

RAWATAN
1) Terus berjumpa doktor (PERLU) mendapatkan antibiotik n ubat sampingan
Antibiotik perlu dihabiskan kerana kuman akan datang kembali jika tidak mengikut dos yang diberikan
2) Banyakkan minum air
3) Jangan tahan kencing

Harap pengalaman ini dijadikan ikhtibar untuk semua. Paling penting, jangan sayang untuk BUANG AIR KECIL anda kerana akan lebih berisiko jika menahannya. Pastikan minum air kosong seperti yang telah disyorkan - 8 gelas sehari.