Tuesday, March 16, 2010

BOLEH KE MASA ITU BERUNDUR??? MANA BOLEH SAYANG....

Dah lama rasanya aku x 'update' blog nie. Agaknya disebabkan terlalu memikirkan benda yang bukan-bukan, masalah yang terjadi sampai buntu nak hadapi, sehingga rasa nak lari dari segala masalah tapi x lah ke tahap yang mencabar iman... Cuma kadangkala menghukum diri yang merasakan terlalu kerdil untuk semua ini. Ya Allah, besarnya dugaan yang Kau duga selama ini, antara aku sabar atau tidak saja untuk aku selesaikan. Kebingungan sememangnya selalu berlaku.. Dah lama aku fikirkan dan aku rasa aku dah dapat keputusan yang terkini, ini lebih elok dari apa yang telah berlaku... Minta pendapat mak dan minta pendapat teman, rasanya keputusan ini adalah yang terbaik.. Bila fikir-fikir semula, ada sebab semua ini berlaku, yang selama ini aku bimbangkan sangat, rupanya masalah tu xsebesar mana, cuma aku terlalu memikirkannya terlampau mendalam... X pandai kontrol masalah kot... huhuhu (teringat kata angah)..

Belajar dari kesilapan diri, jangan terlalu memendam, jangan terlalu berlembut sangat dengan orang yang kita kurang rapat, sentiasa berbincang dengan keluarga atau teman rapat kalau buntu dan nak mintak pandangan yang melibatkan jangka masa panjang... Dan aku teringat kata-kata insan tersayang, dia pesan beberapa kali " Jangan fikir tentang kesusahan diri kita sahaja, cuba kita renung semula, ada orang yang lebih susah dan besar dugaan yang ditanggung, kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada". Kata-kata inilah yang buat aku rasa kuat.. Terima kasih sangat2...

Aku sebenarnya cuma mengupas segala rekahan-rekahan yang dah meletak kat jiwa ini, kena berubah untuk memaafkan orang lain, ye lah kan... Bak kata orang, jika kita asyik teringat akan kesalahan n kesilapan seseorang itu, maknanya kita tidak maafkan dia lagi dan maksud jelas kat sini, kita masih berdendam dengan apa yang telah dia lakukan ke atas kita. Kalau ikut kata-kata tadi, aku sedar sekarang, sebenarnya banyak kesilapan yang telah berlalu tanpa aku sedari aku telah lakukan, kurang bersyukur dan tidak redha dengan apa yang berlaku ke atas diri sebab itulah diri asyik merintih benda itu berulang kali. Ya Allah, dengan apa yang terjadi selama ini, sekarang baru aku sedar, aku banyak terlupa... Kuatkanlah aku ke arah yang terbaik...

Erm... Ahad lepas call mak, terdengar cerita mak mengenai kisah dia terjatuh di dapur, sedih pulak ati ni, rasa macam nak balik tapi keadaan xmengizinkan tapi yang pasti minggu depan aku akan balik jugak... Sayang mak sangat2...