Sebenarnya dari semalam aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena, tetapi tidak tahu diluahkan oleh kata-kata dan pada jam lebih kurang 4.00pm, aku menggerakkan hati aku untuk meng 'sms' kepada seseorang yang amat kerap ku hubungi, saje bertanya kabar dan dijawab ringkas olehnya. Aku bertanya ringkas semula, saja bergurau tapi selepas sms itu dijawab, alangkah risau hati ini untuk bertanya lebih lanjut bila mendapati ahli keluarganya yang terapat, ibu dalam keadaan sakit tenat. Rasa gugur dan sebak juga hati ini bila dimaklumkan begitu. Aku hanya mampu berdoa semoga keadaan ibunya selamat.
Dalam sedar tidak sedar, aku menyelesaikan tugas yang dilakukan hari ini, sebenarnya fikiran aku di awangan memikirkan apa yang terjadi tika ini, buat kerja ada saja tidak kena, dan jam 6.10pm baru aku teringat untuk melihat paparan skrin di telefon bimbitku. Alangkah terkejutnya bila ku terima sms dari si dia menyatakan ibunya telah kembali ke rahmatullah. Sebak hati ini sampai tidak sedar takungan airmata telah memenuhi setiap ruang yang ada. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ibunya. Semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat dari Maha Pencipta. Al-Fatihah..