Monday, December 15, 2008

Menarik Nafas Lega

Setelah apa yang berlaku pada pagi tadi. Sekarang ini, aku cuba nak pulihkan balik semangat aku yang dah mula hilang. (ye la...asyik muncul aje, penat beb!!) Aku tengok meja di hadapanku. Huh! Keluhku panjang. Mengapala bersepah-sepah dokumen yang aku tidak pasti sampai bila penghujungnya. Pandangan aku mengalih ke kiri, kanan, belakang dan bawah mejaku. Semua sama. Tidak tersusun. Samalah terjadi kat muka aku, sana sinun ada gunung berapi baru nak jadi. Adoi! Tensen punya pasal. Pandanganku beralih ke 'soft board'. Emmm... Tersusun rapi atur cara program kerja aku minggu nie. Adoi lagi sekali!!!
Pagi tadi niat nak sarapan terbantut, entah kenapa tiba-tiba tiada selera. Fuh!!! Nasib baik la waktu kerja hari ini dah habis. Kalau tidak bergerutu aku nak buat kerja yang bertimbun-timbun. Sudah lah hari ini aku gelak besar. Saja nak lepaskan berat kat kepala ini. Al-maklum la, orang gila kerja. Bukan gila kerja, 'terpaksa'!! Bila aku makin fikir tentang kerja aku, makin kusut kepala ini dibuatnya. Mata tidak usah cakap, sejak mengabdikan diri di sini, makin kabur pandangan kornea, makin buat aku serabut bila pening campur rabun aku ini bersatu.
Alamak! Sakit perut la pulak!!

Pengalaman Mengerikan

Hari ini aku belajar sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup, masih bergetar di dadaku tatkala peristiwa tadi berlaku. Aku tahu, mungkin ianya tidak sebesar mana tapi membayangkan impak yang aku tempohi di masa akan datang, apalah nasibku nanti. Masih terbayang... Nasib baik aku berkeras hati untuk menidakkannya.


Memang jika diikutkan, unit di mana aku berkerja memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku tempuhi. Perancangannya, pengurusannya dan pelaksanaannya. Fuh!! Memang mencabar. Ada yang beranggapan tugas di sini seperti seronok tapi membayangkan pelbagai kejadian boleh terjadi. Sogokan! Itulah yang paling aku takutkan. Itulah yang berlaku pada aku hari ini. Terbayang-bayang wajah saudari tadi. Memyogokku dalam bentuk habuan untuk mendapatkan sesuatu. Takut!! Hanya Allah saja yang tahu. Aku tidak suka diajar begitu. Walaupun mungkin nilainya sedikit, tapi aku takut kesannya akan aku terima nanti. Nauzubillah....Ya Allah, kuatkanlah hati aku... Luruskan jalan hidupku...
Setelah apa yang berlaku tadi, aku renung semula apa yang telah aku lakukan pada amanah yang telah diturunkan dalam tugas seharianku. Ya, memang!! Aku leka dengan dunia aku sendiri dan sejak dua menjak kebelakangan ini, aku sedar yang hidup seharianku tidak teratur. Letih!!! Mungkin?? Letih badan mungkin kita boleh berehat jauh tapi bila pemikiran, bagaimana pula ya?

Yang pasti tahun baru hampir tiba, dan bermula dari situ aku cuba menjadi lebih baik dari diriku sekarang. Membuka lembaran baru, mengambil nafas baru, membuka cerpen baru dalam kisah hidup aku yang tidak pasti di mana penghujungnya....