Friday, January 29, 2010

Salam Takziah - Al-Fatihah

Sebenarnya dari semalam aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena, tetapi tidak tahu diluahkan oleh kata-kata dan pada jam lebih kurang 4.00pm, aku menggerakkan hati aku untuk meng 'sms' kepada seseorang yang amat kerap ku hubungi, saje bertanya kabar dan dijawab ringkas olehnya. Aku bertanya ringkas semula, saja bergurau tapi selepas sms itu dijawab, alangkah risau hati ini untuk bertanya lebih lanjut bila mendapati ahli keluarganya yang terapat, ibu dalam keadaan sakit tenat. Rasa gugur dan sebak juga hati ini bila dimaklumkan begitu. Aku hanya mampu berdoa semoga keadaan ibunya selamat.

Dalam sedar tidak sedar, aku menyelesaikan tugas yang dilakukan hari ini, sebenarnya fikiran aku di awangan memikirkan apa yang terjadi tika ini, buat kerja ada saja tidak kena, dan jam 6.10pm baru aku teringat untuk melihat paparan skrin di telefon bimbitku. Alangkah terkejutnya bila ku terima sms dari si dia menyatakan ibunya telah kembali ke rahmatullah. Sebak hati ini sampai tidak sedar takungan airmata telah memenuhi setiap ruang yang ada. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ibunya. Semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat dari Maha Pencipta. Al-Fatihah..

Sunday, January 3, 2010

Tiba sudah Tahun Baru 2010


Pritttt!!!

Selamat Tahun Baru Buat semua...

Tiba sudah kita ke tahun baru yang dah masuk hari ke 3 pada hari ini. Pada awal pagi 1 Jan 2010 kita telah dikejutkan dengan berita pemergian allahyarham Tok Mat (Tan Sri Mohamed Rahmat) - bekas ahli politik/menteri Malaysia, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan berita gembira buat Serina Ridzewuan (anak Chef Wan), pernikahannya dengan suami Sallehudin (warga London), harap jodoh mereka kekal ke akhir hayat dengan bahagianya. Kalau direnung 2 kisah tadi, lumrah hidup di dunia, datang dan pergi, suka dan duka pasti berlaku pada setiap insan, tidak kira bangsa, agama dan umur. Yang pasti, kita yang masih hidup perlu meneruskan kisah hidup yang telah ditentukan sebaiknya. Jangan sesekali kita menyalahkan takdir kerana semuanya telah tertulis cuma kadangkala Allah sengaja untuk menguji kita satu persatu untuk menandakan sayang-Nya Dia kepada hambaNya. Cuma kita tidak sedar segala yang berlaku.. Nape plak tiba2 aku jadi seorang yang semakin sensitif ni..


Berbalik pada kedatangan Tahun Baru 2010 ni, aku rasakan banyak perkara yang perlu aku ubah dan berubah. Memandangkan ada beberapa tindakan yang aku rasa bukan kemahuanku telah aku lakukan pada Tahun 2009, aku malu melangkah dari segala masalah yang berlaku dengan penuh rasa tanggungjawab kepada setiap langkah yang telah aku ambil. Inilah dia erti sebenar dunia. Betapa besar cabaran untuk mencari erti kehidupan sebenar... Bila difikirkan zaman muda-muda dulu, azam Tahun baru mesti terlintas di kepala berkata,"nak belajar sungguh-sungguh, kalau malas - nak jadi rajin, kalau boros - nak jadi kedekut (huhuhu), kalau xde pakwe - nak cari pakwe, kalau xcantik - nak jadi lebih berseri sket".... Erm... Macam2... Itulah aku, tapi banyak azam disebutkan tadi, azam cari pakwe tue, xpenah plak aku berazam sebab aku biarkan ia terjadi sendiri. Biasa la ia melibatkan perasaaan. Kelakar pun ada...

Yang penting untuk tahun baru 2010 ni, aku nak ubah apa yang aku kena ubah, banyak perkara dan apa yang aku sedar dari hidup aku selama ini, jangan takut dengan bayang-bayang sendiri, setiap keputusan mesti ada masalah, setiap masalah mesti ada jalan, setiap jalan mesti ada penyelesaian, jangan takut untuk berkongsi dengan insan yang kita sayang, berkongsi cerita pun itu dah mencukupi daripada kita pening kepala memikirkan seorang diri. Bantuan nasihat itu adalah yang terbaik. Percayalah.... Buka hati, buka minda.. Perhatian keluarga adalah yang penting sekali.... Kawan senang dicari, teman senang dicintai, keluarga sukar diganti...