Tuesday, June 28, 2011

Mendalam Maksud Lagu : TANYA SAMA POKOK - Meet Uncle Hussain feat Hazama AF9

Memang menjadi pilihan ramai pendengar buat masa ini, lagu - Tanya sama pokok nyanyian Hazama AF9 bergandingan Kumpulan Meet Uncle Hussain.


Mendalam maksud di sebalik lagu ini dan bagi aku, maksudnya mengisahkan tentang diri yang rasa gagal dalam menjalani kehidupan tetapi musahabahkan diri bahawa hidup ada pasang dan surut ibarat pokok yang ada akar yang kuat walaupun dilanda ribut dan badai.


Tersesat malu bertanya

Tak tahu tak tahu ke mana

Terlalu banyak alasannya

Ku terdiam



Menyusur di kaki lima

Terlihat bayang wajah kelmarin

Tersentuh hati bagai luruh



Chorus

Tanya sama pokok apa sebab goyang

Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang

Patah sayap diduga

Seandainya rebah

Kau masih ada



Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duduk terdiam



Tak mudah namun tak susah

Terserah atas pilihan

Tersentuh hati mula luruh



Ulang Chorus

Kau masih ada

Kau masih ada

Kau masih ada

Kau masih ada



Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duduk terdiam


Tak mudah namun tak susah

Terserah pada pilihan

Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok


Monday, June 27, 2011

JUARA ML 2011 OMG - Manisnya Sepah ini?? Aaaaaa...






Akhirnya, Kumpulan SEPAH MENANG!!!



Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) berlangsungnya Maharaja (ML) Finale 2011 bermula jam 10.00 malam melibatkan 4 Finalis Juara antara Juara iaitu:-


1) Kumpulan JAMBU - Yus & Tokei





2) NABIL (satu-satunya peserta solo)




3) Kumpulan SEPAH - Jepp, Shuib & Mamat




4) Kumpulan JOZAN - Johan & Zizan



Sememangnya kesemua finalis memberikan aksi yang sangat menghiburkan dan pastinya membuatkan ternganga-nganga mulut, menampakkan gigi untuk mengambil nafas setelah penat tergelak besar terutamanya sesi ke 2 -Musikal



Memang diorang profesional..


Tabik untuk semua finalis




Debaran berakhir jam 12.00 tengahmalam yang menyaksikan




1) Sepah sebagai JUARA!!


2) Jozan - Naib Juara


3) Nabil - Tempat ke tiga (untung mamat ni balun sorang hadiah)


4) Jambu - Tempat ke empat


Tidak kira apapun nilainya, Sepah memang HEBAT!! Hadiah terbesar untuk peminat mereka.


Terharu bila tengok diorang menangis.. Aku pun meleleh airmata




Tuesday, June 21, 2011

Laluan Lebuhraya Baru - Desaru E22

Pembukaan Lebuhraya Baru - Desaru telah dilancarkan pada awal Jun 2011 dan dalam tempoh sebulan diberikan laluan secara percuma kepada pengguna, berkemungkinan pihak pengurusan mendapatkan jumlah secara rawak penggunaan lebuh raya. Masa perjalanan bermula dari Lebuh Raya Pasir Gudang - Desaru dalam tempoh 20 - 25 minit sahaja berbanding melalui jalan persekutuan tempohnya dalam 1 - 2 jam. Lebuh Raya Desaru ini agak jangkal kerana laluannya hanya 1 jalan pergi dan balik tetapi permandangan jalan ini amat menarik kerana melintasi Sungai yang panjangnya kira-kira 1 KM.
Bercerita tentang Lebuhraya baru ni sebenarnya disebabkan aku mengikut abang ke kenduri kahwin rakan setugasnya di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi pada Ahad (19.06.2011) yang lalu. Hampir 10 buah kereta berkonvoi, berkumpul di Plaza Tol Lebuhraya Pasir Gudang sebelum memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan sememangnya ok cuma adakala agak sesak di beberapa KM sepanjang lebuhraya tersebut.

Kami tiba jam 12.45pm walaupun ada kesesatan jalan berlaku... Huhuhu... Tiba di majlis kami dengan tidak sabarnya terus menikmati makanan, setelah selesai kami menunggu kehadiran pengantin bersanding yang dijangka berlangsung jam 230pm. Namun cuaca diuji dengan gugurnya hujan yang sedikit lebat. Mungkin dah puas menunggu, kami melangkahkan kaki untuk salam keruk dan bergerak keluar dari perkarangan majlis.Akhirnya berkat kesabaran menunggu, jam 230pm perarakan pihak pengantin lelaki tiba dan rakan-rakan abang mengambil beberapa gambar untuk dijadikan sebagai kenangan.

Sudah puas bergambar kami meneruskan perjalanan ke Pantai yang berdekatan. Bila sampai di sekitar pantai, FUHHH!!! ramainya... Meneruskan aktiviti berendam dan mandi pantai... lebih kurang 1 jam di sana kami pulang mengikut destinasi masing-masing... Perjalanan yang sememangnya puas dan kepenatan terasa walaupun aku tidak bergiat aktif dalam rendaman pantai tadi... :D

p/s: Gambar seterusnya tak dapat untuk dipaparkan kerana tetiba hanpon bateri abis... huhuhu.. Nak amik gambo kat kenduri tak dapat apatah lagi gambo di pantai... huhuhu... maaf ye...

Saturday, June 18, 2011

KE JOHOR BAHRU



Johor Bahru? Erm... Minggu ini aku dan abang mempunyai masa yang terluang untuk keluar bersama memandangkan cuti abang yang tidak tentu masanya. Lebih kurang jam 2.30pm, kami bergerak ke Johor Bahru melalui Senibong Cove.

Destinasi pertama kami kunjungi di KSL City, Johor Bahru berdekatan dengan Holiday Plaza untuk menonton wayang - KL Gangster arahan Syamsul Yusoff (lebih kurang 1 jam lebih) di MBO Cineplex. Sementara tunggu wayang start, kami pusing-pusing sampai sakit kaki... Menarik ceritanya dan puashati. Dah selesai menonton wayang kami singgah pula ke Pandan City - Pandan Uptown.

Posing kat papan2 iklan wayang

Sama x? Pink kaler

Jam 7.00pm, kami sampai ke destinasi seterusnya. Penat berjalan, perut pun dah kenyang, barang yang dicari dah beli, kami pun pulang ke destinasi berlindung kami. Opst!!! Hadiah untuk kawan abang x beli lagi... Esok jela jawabnya...


Juadah - nasi lemak sambal sotong = RM6.00

Juadah - Satay Kambing dan Ayam + Nasi Himpit = RM11.00

Abang menikmati satay ayam - Nyum2!!

Angry Birds yang sempat kami capai

Oklah... Esok nak ke Kota Tinggi pula... Kena berehat dulu.. Da....

Monday, June 6, 2011

ANGRY BIRD


Baru-baru ini aku dan abang telah mengunjungi PC
di PERSADA JOHOR. Lebih dari 50 booth yang terlibat dalam aktiviti anjuran PIKOM berlangsung selama 3 hari bermula 27 - 29 Mei 2011. Memandangkan abang memang dah lama menjeling2kan mata untuk membeli iPAD tetapi disebabkan harga dan application download yang perlu dibayar, terus membantutkan keinginannya. Puas bertanya ke setiap booth yang menawarkan Android yang menjadi kegilaan ramai buat masa kini, tiba-tiba kami tertarik dengan Android - MaxQ (Ala-ala Galaxy Tab - Samsung). Menariknya bila beli kat PC Fair ni semestinya free giftnya... Mintak la banyak mana kalau boleh..

Bercerita tentang Android - MaxQ ini, banyak application yang boleh kita download macam-macam secara percuma sebab secara amnya Android memang link dengan Google. Kalau seperti iPAD applicationnya dibayar melalui Apple. Bila dah banyak boleh download, maka beribu-ribu games yang menarik boleh didapati.


Oklah, berbalik dengan tajuk utama - Angry Birds ni sememangnya game yang menarik dan terbaru yang semakin disukai ramai . Merupakan Puzzle video Games yang berasal dari Finland. Mengisahkan tentang 5 karektor burung yang berbeza sangat marah kepada Evil Green Pigs (khindzir) yang telah mencuri telur-telur burung ni. Kerana nakkan semula telur-telur mereka, maka mereka berperang berhabis-habisan untuk memusnahkan khindzir-khindzir ini. Kiranya kita bermain mewakilkan untuk membantu burung menewaskan kaki pendek nie.. Dengan menggunakan lastik, Angry Birds ini akan menjadi peluru untuk memusnahkan tempat persembunyian Evil Green Pigs berkhemahkan struktur kayu, kaca atau batu.

Team Angry Birds yang comei... :)

Evil Green Pigs yang menjadi musuh mereka


Bila main game nie, automatik jadi geram kat natang hijau ni yang sememangnya secara azali memang haram dipegang apatah lagi dimakan.

Apalagi, marilah kita mencuba game Angry Birds ni, memang menarik. Selamat Mencuba dengan penuh rasa geram kat A Group of Evil Green Pigs ni. Lebih lanjut tentang game ni, layari google, baru tau.....


Sunday, June 5, 2011

BILA SAKIT ITU DATANG....





4hb Jun 2011 - Semalam entah kenapa aku kerap ingin membuang air kecil hampir 4 kali dalam tempoh jam 7.00am - 01.00pm sedangkan waktu tersebut aku tidak mengambil minuman mahupun makanan. Leka tidak leka, semasa aku keluar bersama abang, keinginan untuk membuang semakin kerap dan kali ini makin pedih... Mungkin kurang air dalam badan agaknya.
Sampai sahaja di rumah jam 6.32pm, rasa terkucil terasa lagi dan akhirnya 10 minit selepas itu aku buang air kecil lagi namun alangkah terkejut kali ini ada ketulan darah bersama dan lebih menyakitkan bila terasa ngilu yang teramat sangat... Sakit... Terus aku berlalu untuk khabarkan pada abang... Kami mula risau... Dan tidak sampai 10 minit, aku membuang air kecil lagi, lagi sekali sikit dan kali ini titisan darah jelas kelihatan.. Sudah.... Terus aku search internet by via mobile untuk tahu tanda ini adakah disebabkan BATU KARANG... Cari guna Google Search terbukti memang itu tanda-tandanya yang amat ketara dan diminta untuk rujukan doktor segera kerana berlaku jangkitan kuman di dalam buah pinggang.

7.53pm - Aku dan suami sampai di Klinik Penawar di Masai, Johor. Aku merupakan pesakit ke 4 yang masih menunggu. Dalam tempoh 20 minit menunggu, 2 kali aku membuang air kecil dan kali ini memang teramat sakit. Abang mula risau dan risaunya lebih dari apa yang aku rasanya.

8.21pm - Kini giliran pemeriksaanku. Bila doktor tanya sakit apa? Bila ku bagi jawapan "Kencing berdarah". Terus doktor mengeluh kata "Aduh.... kencing berdarah... berat tu...". Terus aku rasa bergetar dan bergenang airmataku... Setelah membuat pemeriksaan lebih lanjut, doktor menyatakan, terdapat darah dan jangkitan kuman... Jika tidak dirawat dari awal kemungkinan akan terjadinya batu karang...

9.01pm - Kami sampai di rumah, abang terus menyuruhku meminum air kosong. Seperti nasihat doktor, setiap 1 jam - 1 gelas air. Selepas makan ubat, badan aku mula rasa panas terus demam mungkin kerana kerap kencing tidak lawas dan sakit serta adakalanya berdarah.

Kesimpulan dari pengalaman aku ini:-
Atas penerangan doktor

PUNCANYA
1) Tahan Kencing
2) Kurang minum air

TANDANYA
1) Lenguh di bahagian belakang
2) Loya
3) Kencing tidak lawas dan rasa pedih serta ngilu
4) Kencing Berdarah (Tanda kronik)

RAWATAN
1) Terus berjumpa doktor (PERLU) mendapatkan antibiotik n ubat sampingan
Antibiotik perlu dihabiskan kerana kuman akan datang kembali jika tidak mengikut dos yang diberikan
2) Banyakkan minum air
3) Jangan tahan kencing

Harap pengalaman ini dijadikan ikhtibar untuk semua. Paling penting, jangan sayang untuk BUANG AIR KECIL anda kerana akan lebih berisiko jika menahannya. Pastikan minum air kosong seperti yang telah disyorkan - 8 gelas sehari.