Tuesday, December 16, 2008

Entah!!

minggu ini minggu membebankan bagi aku. Banyaknya kerja aku yang tertunggak. Dengan malasnya aku hari ini. Dengan perut yang tidak semena-mena sakit tiba-tiba. Angin tidak mahu keluat agaknya.Tak tahu la aku sekarang ini. Asyik menyalahkan diri sendiri. Tidak yakin apa yang aku buat. Wake up mini!!! Just do it for yourself and make you proud!! Just believe what you do. Sometime maybe we down, but it doesn't mean when you down, you down forever and ever. Take your step back! Try to make your life happening.
I just try to remove all bad think in my mind when I realise what am I doing for. Please la mini, don't you can imagine that you are so lucky cause have many thing around you but you just look, look and look. Try to use it
Ape yang aku bebelkan ni, entah!! Dengan grammar yang terabur. Hati yang tidak senang. Apa yang engkau dapat mini....

Monday, December 15, 2008

Menarik Nafas Lega

Setelah apa yang berlaku pada pagi tadi. Sekarang ini, aku cuba nak pulihkan balik semangat aku yang dah mula hilang. (ye la...asyik muncul aje, penat beb!!) Aku tengok meja di hadapanku. Huh! Keluhku panjang. Mengapala bersepah-sepah dokumen yang aku tidak pasti sampai bila penghujungnya. Pandangan aku mengalih ke kiri, kanan, belakang dan bawah mejaku. Semua sama. Tidak tersusun. Samalah terjadi kat muka aku, sana sinun ada gunung berapi baru nak jadi. Adoi! Tensen punya pasal. Pandanganku beralih ke 'soft board'. Emmm... Tersusun rapi atur cara program kerja aku minggu nie. Adoi lagi sekali!!!
Pagi tadi niat nak sarapan terbantut, entah kenapa tiba-tiba tiada selera. Fuh!!! Nasib baik la waktu kerja hari ini dah habis. Kalau tidak bergerutu aku nak buat kerja yang bertimbun-timbun. Sudah lah hari ini aku gelak besar. Saja nak lepaskan berat kat kepala ini. Al-maklum la, orang gila kerja. Bukan gila kerja, 'terpaksa'!! Bila aku makin fikir tentang kerja aku, makin kusut kepala ini dibuatnya. Mata tidak usah cakap, sejak mengabdikan diri di sini, makin kabur pandangan kornea, makin buat aku serabut bila pening campur rabun aku ini bersatu.
Alamak! Sakit perut la pulak!!

Pengalaman Mengerikan

Hari ini aku belajar sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup, masih bergetar di dadaku tatkala peristiwa tadi berlaku. Aku tahu, mungkin ianya tidak sebesar mana tapi membayangkan impak yang aku tempohi di masa akan datang, apalah nasibku nanti. Masih terbayang... Nasib baik aku berkeras hati untuk menidakkannya.


Memang jika diikutkan, unit di mana aku berkerja memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku tempuhi. Perancangannya, pengurusannya dan pelaksanaannya. Fuh!! Memang mencabar. Ada yang beranggapan tugas di sini seperti seronok tapi membayangkan pelbagai kejadian boleh terjadi. Sogokan! Itulah yang paling aku takutkan. Itulah yang berlaku pada aku hari ini. Terbayang-bayang wajah saudari tadi. Memyogokku dalam bentuk habuan untuk mendapatkan sesuatu. Takut!! Hanya Allah saja yang tahu. Aku tidak suka diajar begitu. Walaupun mungkin nilainya sedikit, tapi aku takut kesannya akan aku terima nanti. Nauzubillah....Ya Allah, kuatkanlah hati aku... Luruskan jalan hidupku...
Setelah apa yang berlaku tadi, aku renung semula apa yang telah aku lakukan pada amanah yang telah diturunkan dalam tugas seharianku. Ya, memang!! Aku leka dengan dunia aku sendiri dan sejak dua menjak kebelakangan ini, aku sedar yang hidup seharianku tidak teratur. Letih!!! Mungkin?? Letih badan mungkin kita boleh berehat jauh tapi bila pemikiran, bagaimana pula ya?

Yang pasti tahun baru hampir tiba, dan bermula dari situ aku cuba menjadi lebih baik dari diriku sekarang. Membuka lembaran baru, mengambil nafas baru, membuka cerpen baru dalam kisah hidup aku yang tidak pasti di mana penghujungnya....

Thursday, December 11, 2008

Assalamualaikum - Salam Sejahtera - Hello!!!



Ucapan ini ditujukan buat semua yang sudi melayari blog saya ini. Tujuan blog ini terbina adalah sebagai memperbaiki cara penulisan yang dah lama ditinggalkan, mungkin sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Alahai... Memang susah sangat-sangat bila fikiran yang masih berlegar-legar mencari idea dan ayat-ayat untuk disusun. Lagipun melalui blog ini, dapat juga mengisi masa lapang dari aku buat benda-benda yang tidak berfaedah. Ye tak? Ye kan jela... Bak kata orang (tak kan la makhluk lain pulak berkata-kata), melalui penulisan tak kira tulisan tangan ke berkomputer, kita dapat meluahkan apa yang terbuku dan terpendam dalam hati melalui pendapat, perasaan, kemahuan ataupun keinginan.
Dengan ini, buat teman-teman yang sudi membaca blog saya ini, ringan-ringankanlah jemari saudara/saudari untuk memberi komen/pendapat pada setiap blog yang akan saya pamerkan kelak. Kerana melalui pendapat inilah, dapat memajukan lagi hasil penulisan saya nanti. Bak kata KSN yang saya dengar pada pagi hari ini, "Complaint is gift!" Pelik kan...Tapi itulah kenyataannya... Mungkin pada mulanya kita tak dapat terima, tapi lama-kelamaan kritikan inilah yang membantu kita untuk memajukan diri antara kita sedar atau tidak.