Monday, December 15, 2008

Pengalaman Mengerikan

Hari ini aku belajar sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup, masih bergetar di dadaku tatkala peristiwa tadi berlaku. Aku tahu, mungkin ianya tidak sebesar mana tapi membayangkan impak yang aku tempohi di masa akan datang, apalah nasibku nanti. Masih terbayang... Nasib baik aku berkeras hati untuk menidakkannya.


Memang jika diikutkan, unit di mana aku berkerja memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku tempuhi. Perancangannya, pengurusannya dan pelaksanaannya. Fuh!! Memang mencabar. Ada yang beranggapan tugas di sini seperti seronok tapi membayangkan pelbagai kejadian boleh terjadi. Sogokan! Itulah yang paling aku takutkan. Itulah yang berlaku pada aku hari ini. Terbayang-bayang wajah saudari tadi. Memyogokku dalam bentuk habuan untuk mendapatkan sesuatu. Takut!! Hanya Allah saja yang tahu. Aku tidak suka diajar begitu. Walaupun mungkin nilainya sedikit, tapi aku takut kesannya akan aku terima nanti. Nauzubillah....Ya Allah, kuatkanlah hati aku... Luruskan jalan hidupku...
Setelah apa yang berlaku tadi, aku renung semula apa yang telah aku lakukan pada amanah yang telah diturunkan dalam tugas seharianku. Ya, memang!! Aku leka dengan dunia aku sendiri dan sejak dua menjak kebelakangan ini, aku sedar yang hidup seharianku tidak teratur. Letih!!! Mungkin?? Letih badan mungkin kita boleh berehat jauh tapi bila pemikiran, bagaimana pula ya?

Yang pasti tahun baru hampir tiba, dan bermula dari situ aku cuba menjadi lebih baik dari diriku sekarang. Membuka lembaran baru, mengambil nafas baru, membuka cerpen baru dalam kisah hidup aku yang tidak pasti di mana penghujungnya....

No comments:

Post a Comment