Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal Tahun 2009 dan Selamat Datang 2010



Lagi beberapa jam sahaja, berakhirlah tahun 2009 dan bermula tahun baru 2010 yang akan menceritakan pelbagai kisah suka duka yang kita belum pasti apakah permulaan ataupun kesudahannya, yang pasti tahun baru 2010 ini sememangnya kita akan terjah dan laluinya andai umur kita sehingga ke hujungnya.

Mengikut pengalamanku sepanjang Tahun 2009 ini, sememangnya banyak pengalaman yang telah dirasai. Banyak pengalaman yang tidak sangka berlaku dan tidak diingini untuk aku terima tapi biasalah, lumrah dunia. Segalanya telahpun terjadi dan yang pasti tentunya itulah pengalaman yang telah mengajar seribu erti buat semua. Bagi yang beragama islam, ianya tentu dianggap sebagai Qada' dan Qadar yang perlu percaya. Ada hikmah atas segala yang berlaku.


Jan - Feb 2009 - Pengalaman yang pertama aku rasai sepanjang Tahun ini, aku akhirnya menerima tawaran untuk menghadiri Kursus yang akan mengesahkan jawatan yang aku sandang sekarang. Selama 10 hari di Pusat Latihan Negeri Terengganu. Selang beberapa hari kursus itu, hatiku dihadiri dengan pertalian dari seseorang dan sehingga kini hubungan kami masih dalam keadaan terkawal (ye2... kawal perasaan...eheheheh). Pada awal Feb 2009, aku menerima berita yang tidak disangka, menerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) Januari. Alhamdulillah, hasil kerja dihargai walaupun sebenarnya aku memang tidak minta diberikan anugerah sebegini.


Mac - Jun 2009 - Sekali lagi diterima Anugerah Pekerja Contoh Tahun 2008 yang berlangsung di PICC (Putrajaya International Convention Centre). Seramai lebih kurang 1000 calon telah menerima anugerah tersebut di bawah Agensi/Jabatan di seluruh Malaysia dan aku adalah salah seorang dari mereka. Alhamdulillah. Pada Jun 2009, aku sekeluarga membuat kenduri doa selamat untuk arwah ayah pada 11 Jun 2009 (Jumaat) dan pada 12 Jun 2009 (Sabtu) aku bertemu dengan seseorang yang boleh dianggap istimewa.


Julai - Ogos 2009 - Terlibat dalam pebarisan untuk Hari Kemerdekaan yang berlangsung pada Bulan Ramadhan 1430H, tetapi terpaksa menarik diri berikutan wabak H1N1 melanda dan terpaksa mengurangkan jumlah ahli bagi mengelak wabak ini berleluasa.


Sept 2009 - Melibatkan diri dalam sesuatu yang tidak dijangka sehingga sekarang... Adakah aku boleh mengatasinya. Ya Allah, kuatkan hati aku dan keringat ini. Sambutan Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali setelah lebih 10 tahun, merayakannya di rumah baru yang telah lama ditinggalkan (faham ke ayat ni).


Okt - Dis 2009 - Menerima berita sedih dari seorang kawan yang sehingga kini masih belum ada penyelesaiannya tetapi ku harapkan mereka akan dapat capai apa yang diinginkan dengan izin Allah s.w.t. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan korang. Dis 2009, akakku menjalani pembedahan pembuangan lemak (bukan untuk kecantikan) betul-betul pada tarikh 1 Muharam 1431H, segalanya selamat dan masih dalam tempoh rawatan.

Yang pasti, Tahun 2009 adalah tahun yang penuh dengan cabaran, rintangan dan hidup penuh suka dan duka yang kadangkala sebenarnya aku tidak mampu untuk hadapinya. Pulihkanlah semangatku kembali.
dan berakhirnya 2009, bermulanya......

Tahun 2010 - akan bermula dengan episod baru. Aku mengharapkan yang sebaiknya aku berubah dari yang negatif ke positif. Jadikanlah aku seorang yang ingin aku realisasikan. Bimbingan dari-Mu Ya Allah.

Tuesday, December 29, 2009

Operation...

OPERATION - PEMBEDAHAN


1 Muharam 1431H (Jumaat) bersamaan dengan 18 Disember 2009 merupakan hari yang penuh debaran buat kakakku sebab pada hari tersebut pembedahan akan dilakukan, pembedahan ape? Pembedahan kecil di belakang badan. Ianya bukan kanser atau ketumbuhan, tetapi pebentukan lemak yang tidak sempurna lalu berkumpul di bahagian tertentu dan membentuk benjolan. Kalau ikut pada pengalaman rasa akak aku, ianya tidak sakit tetapi menyebabkan rasa lenguh di bahagian pinggang, mungkin disebabkan terpaksa menampung lemak tersebut dan pergerakan sedikit terbatas. Menurut kata doktor pakar yang merawat akak aku, ianya tidak merbahayakan tetapi lebih elok dibuang kerana kemungkin lemak tersebut akan lebih membesar. Bayangkanlah dahulu benjolan itu sebesar duit syiling 50sen tetapi sekarang sebesar penumbuk.


Pada hari tu, kami bertolak dari umah akak dalam waktu 7.15 pagi dan tiba di hospital pakar tersebut pada jam 7.30 pagi dan terus mendaftar nama bagi pengurusan pembedahan. Dalam tempoh 20 minit, nama akak dipanggil dan diminta mengikut 'staff nurse' ke tingkat 3 untuk ke bilik wad (perseorangan). Di situ, 'nurse' meminta akak berehat dahulu sementara diberikan pakaian untuk ke bilik pembedahan. Dalam masa yang sama, 'nurse' melakukan tugasnya untuk 'check' tekanan darah, berat badan dan suhu badan. Selepas segalanya diperiksa, 'nurse' keluar dan meminta akak tunggu di bilik bedah. Ingatkan sekejap, rupanya lama betul.. Dari pukul 8.00 pagi ke 9.00 pagi. Masih tidak muncul2 staf hospital nie... Akhirnya kami ber'posing' ambil gambar yang macam2.. Dalam masa yang sama, mak, along n ayip sampai dari Melaka (umah angah). Erm... Masing2 terus kecoh bertanya itu ini... Masa ni la mintak ayip ambil gambar aku ngan akak sementara menunggu dia dibedah.


Muka akakku yang seposen menunggu untuk dibedah (aku pun sama)



Sempat lagi main sudoku
Setibanya mak dan ayip yang siap 'landing' atas katil pesakit

Dalam jam 10.30 pagi, kiranya kami rasa bagaikan sakit kepala sebab tunggu lama sangat, dengan perut yang tengah lapar sebab x sarapan dari pagi tadi, maka aku mintak izin kat akak aku untuk turun sama dengan mak, along n ayip dan pesanan aku sebelum turun "Kak jangan lupa bagitau aku kalau nurse soh siap sedia nak operate, senang aku nak naik nnt" "Orait..." jawab akakku ringkas.


Lebih kurang jam 11.00 pagi, aku menerima sms daripada akak yang dia telah diminta bersiap untuk ke bilik bedah. Termengah2 aku berlari naik ke atas (xmengah mana pun, dekat je), nasib baik sempat jumpa masa sebelum akak ke sana, bukan ape, nak tunggu dalam bilik, almaklum ada barang peribadi yang kena juga kita perihati n jaga.


Jam 11.30pagi - Masih setia menunggu dan ayip plak yang tukar post katil akak.


Penat sangat la tu, tumpang tdo mengalahkan pesakit asal


Jam 12.00ptg - tunggu


Jam 1.00ptg - tunggu lagi...


Akhirnya jam 1.30ptg, 'katil bergerak' bersama 3 wanita beruniform menyorong akak yang terbaring ke'mamaian'. Membetulkan kedudukan akak, tiub di tangan dan segala perkakas yang berkaitan. Erm... Kami terdiam seketika. Selepas 3 wanita itu keluar, dengan mamai2 akak berkata, erm... letihnya... Owh... Dah sedar rupanya akak aku nie... Siap wat lawak bodoh... Nak tenangkan jiwa dan kesakitan... Pesanan salah seorang 'staff nurse' tadi tidak membenarkan akak untuk minum dan makan selama tempoh 2 jam lagi dan selepas 4 jam baru dibenarkan meminum air sedikit dan selepas 6jam baru dibenarkan untuk makan secara perlahan-lahan.. Kami cuma mengikut katanya dan mengiakan sahaja. Pada masa itu juga, dia memberikan 'lemak' yang diletakkan dalam bekas untuk memberi peluang pada akak dan famili untuk lihat secara jelas jumlah 'lemak' yang terkumpul selama ini di belakang badan akak. Wah!! Agak berat juga 'benda' tue, lebih kurang 1 kg. Macam x percaya pun ada. Apa lagi, aku pun 'snap' la beberapa foto utk ditunjukkan pada akak yang memang dah xlarat nak bangun. Ini dia gambar 'lemak' yang terkumpul sekian lamanya di belakang badan akak aku.



Beratnya lebih kurang 1kg


Lebih kurang jam 6.00 petang, akak dibenarkan makan dan tidak dibenarkan pulang sehingga hari esoknya. Pada malam itu, aku dan mak menemankan akak bermalam di wad, mak tido di sofa dan aku beralaskan selimut tido di tepi sofa tersebut. Jam 11.30 pagi keesokan harinya (Sabtu - 2 Muharam 1431H), akak dibenarkan pulang dan aku me'setel'kan apa yang patut. Jam 12.30 tghari, kami bergerak ke Melaka untuk meneruskan perjalanan untuk pulang.


Ikhtibar dari apa yang dilihat:-

Bila dilihat secara jelas lemak tersebut, barulah kesedaran diri lebih terbuka berkenaan dengan lemak yang ada pada diri kita cuma sistem saluran badan akak aku lain sedikit kerana terkumpul di belakang badannnya dengan berbentuk benjolan mungkin akibat kemalangan yang dialaminya dahulu (jatuh motor) hampir 9 tahun berlalu, kalau diri kita sendiri, macamana plak ye.... dan yang pasti, kalau sakit tu, jangan tangguh-tangguh, teruslah berjumpa doktor... Makan ubat (aku jenis xbape reti plak makan ubat)...

Renung2kanlah... Yang penting, jaga diri dan kesihatan...

Salam Maal Hijrah... Salam Awal Muharam... 1431H...

Wednesday, December 2, 2009

SERIBU LANGKAH MENGHARUNGI HIDUP


Memikirkan masa depan

Aku tidak pasti apa yang aku fikirkan

Sejak dua menjak ini

Sering kali termenung, menangis

Aku kebingungan, ingin mencari ketenangan


Ya Allah, apa la dugaan yang Kau duga aku kali ini

Aku bukan ingin mencari kekayaan

Cuma aku ingin memberi kesenangan dan kebahagiaan ibu bapaku

Perginya ayah tika aku sibuk bekerja

Hanya menjengahnya sekali sekala sahaja


Bukan aku nak meratap pemergian ayah

Cuma terlalu banyak kenangan

Ketika susah aku selalu bersamanya

Semasa kecil, sama-sama mebantunya mencari rezeki

Walaupun aku tahu pengorbananku tidak sebesar mana


Niatku bila ku mendapat pekerjaan tetap

Aku ingin meringankan bebannya

Tapi apakan daya

Engkau lebih menyayanginya

Tidak sempat merasa sedikit kesenangan



Kini aku kasihku cuma pada emak

Aku tidak mahu emak derita lagi

Bertungkus lumus bekerja mencari rezeki

Semata-mata ingin menyenangkan kami

Walaupun kudratnya tidak sekuat kini


Banyak impian emak belum tercapai

Aku hanya mampu mendengar, mendengar, mendengar

Apa yang boleh aku bantu Ya Allah

Dapatlah kiranya Engkau lorongkan aku jalan

Jalan untuk aku capaikan impian emak


Ketahuilah oleh Mu Ya Allah

Aku sentiasa memerlukan MU

Namun kadang kala aku akui

Aku terleka tika aku gembira

Mencari MU tika aku bersedih


Dugaan yang Kau turunkan adalah hikmah dari MU

Cuma aku tidak Nampak apa kelebihannya lagi

Hingga kini aku mencari

Sinar hidayah yang terbaik dari MU

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui



Monday, November 30, 2009

JODOH

Bila menyebut tentang jodoh, pastinya kita akan memikirkan tentang alam perkahwinan dan membina sebuah keluarga sehinggalah mengharapkan zuriat yang soleh dan solehah, sempurna dari segi akal dan fizikalnya... Akan tetapi semestinya kita tidak boleh menolak segala kemungkinan jodoh yang telah Allah tetapkan untuk kita. Ada yang mungkin sehingga hari ini, masih tercari-cari, ada juga yang belum sampai ke ikatan yang sah dan ada juga yang berpisah walaupun telah lama membina mahligai ini.

Kenapa agaknya tiba-tiba aku ingin bercerita tentang jodoh pada hari ini? Entahlah... Hati ini tiba-tiba rasa sebak bila mendengar cerita dari kawan rapat aku sendiri.. Sayu sangat-sangat terasa hingga menusuk jiwa ini. Ianya terjadi bila timbulnya simboliknya perkataan 'restu'...


Menarik nafas panjang dan dalam aku hari ini. Mendengar kisah sedih sahabatku, menginsafkan diri aku seketika. Perhubungan tidak direstui ibu pihak lelaki!!! Aduh!! Sakitnya jiwa ini terasa. Perhubungan cinta yang terjalin lebih 5 tahun, merancang untuk bertunang tahun hadapan, tiba-tiba hampir musnah pabila hasrat itu ditentang secara lembut tetapi sakit oleh ibu si lelaki.. Ya Allah! Besarnya dugaan yang Kau berikan pada sahabatku ini. Aku cuma mampu menangis, mendengar dan menasihatkannya agar sentiasa sabar, terus bertahan dengan hubungan ini. Usaha sedaya yang mungkin untuk melembutkan hati bakal ibu mentua ini... Segala penolakan adalah semuanya disebabkan terlalu memikirkan kesempurnaan fizikal. Pada aku, sahabatku ini sempurna, tiada apa yang kurang. Entahlah.. Lain orang lain pandangan..


Cuma aku mohon agar dia tetap tabah, masih ada ruang untuk memperbetulkan keadaan dan persepsi si ibu yang hanya mendengar kata-kata orang yang kurang memikirkan kesinambungan perasaan dan kasih sayang berlandasan pengertian tanggungjawab. Ini juga ada sebagai satu ikhtibar untuk aku, sesungguhnya tiada yang sempurna di dunia ini dan aku teringat akan kata-kata ini:-

“Dalam soal membina berumahtangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumahtangga dibina atas kesempurnaan, kita tidak jangka sebarang kekurangan dan selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri/suami yang sering terlihat di mata. Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”


Yang paling ku harapkan, moga sinar kebahagiaan akan dikecapi oleh pasangan sahabatku ini, direstui kedua belah pihak dan paling penting dirahmati oleh Allah swt hendaknya. Sesungguhnya, kasih sayang dari ibu bapa kita adalah lebih besar... Kerana tanpa mereka, mungkin kita tidak akan berdiri dan hidup sehingga kini...

Friday, November 20, 2009

Akhirnya Kerahan 5S Selesai...

19 Nov 2009 - Merupakan hari yang ditunggu-tunggu selama ini selepas hampir 3 minggu membuat persiapan untuk hari ini. Bermula awal pagi jam 8.30pg kesemua warga kerja Bahagian menunggu panel penilai datang terutamanya Urus Setia 5S berkumpul di Ruang Utama Pejabat untuk menyambut kedatangan panel dan paling kelakarnya, tiba-tiba aku jadi mangsa untuk sambut panel (dah tak de orang lain nak dipanggil, akhirnya nama dijerit suruh jadi 'guard' pintu).




Dijangkakan jam 9.00pg panel akan datang, tapi tunggu punya tunggu, sampai ke 9.40pg, baru lah tibanya orang yang ditunggu2... Dengan senyuman yang kononnya manis, dilafazkan ucapan 'Selamat Datang...' kepada panel yang datangnya seramai 5 orang panel (2 lelaki dan 3 wanita), diiringi oleh Ketua Pegawai Bahagian kami, beberapa pegawai yang akan menerangkan setiap sudut dan fungsi Bahagian nanti.. Mereka dijemput ke bilik mesyuarat sebagai tanda hormat kehadiran mereka disambut.




Dalam tempoh 10 minit, penerangan diberikan panel menjalankan tugasnya, membuat pemeriksaan dengan jayanya... Em.. Tengok jela... Ada je kesalahan diorang akan tgk nnt. Selepas 30 minit memusing tempat indah kami, segalanya selesai. Ok, di sini dipaparkan tempat-tempat kami selepas dibersihkan... Saksikan... Huhuhuhu...


Sunday, November 15, 2009

What are the origins of the word "Okay" (ok)?

Best Answer - Chosen by Asker
1839, only survivor of a slang fad in Boston and New York c.1838-9 for abbreviations of common phrases with deliberate, jocular misspellings (cf. K.G. for "no go," as if spelled "know go"); in this case, "oll korrect." Further popularized by use as an election slogan by the O.K. Club, New York boosters of Democratic president Martin Van Buren's 1840 re-election bid, in allusion to his nickname Old Kinderhook, from his birth in the N.Y. village of Kinderhook. Van Buren lost, the word stuck, in part because it filled a need for a quick way to write an approval on a document, bill, etc. The noun is first attested 1841; the verb 1888. Spelled out as okeh, 1919, by Woodrow Wilson, on assumption that it represented Choctaw okeh "it is so" (a theory which lacks historical documentation); this was ousted quickly by okay after the appearance of that form in 1929. Okey-doke is student slang first attested 1932. Greek immigrants to America who returned home early 20c. having picked up U.S. speech mannerisms were known in Greece as okay-boys, among other things. http://www.etymonline.com/index.php?term…

H.L. Mencken once described "O.K." as "the most successful of Americanisms," an estimation verified by U.S. troops during the Second World War, who reported encountering the phrase all over the world. Of all the scores of theories (and sub-theories) as to the origin of "O.K.," the most widely heard traces "O.K." to the "O.K. Club," a political committee supporting Martin Van Buren's unsuccessful bid for the Presidency in 1840. The "O.K.," it is said, was short for "Old Kinderhook," Van Buren's nickname.

Monday, November 9, 2009

Gara-gara 5S – Kerahan Tenaga Berganda… Chaiyo!!!!

Minggu ini (2 – 7 Nov '09) merupakan minggu yang meletihkan… Semuanya gara-gara 5S!!!!! Banyaknya kena kemas semua. Tapi kalau nak salahkan orang lain pun tak boleh, sebab semuanya adalah dari diri sendiri jugak. Al-maklumlah, dokumen yang tak perlu disimpan dari awal tahun 2009 lagi… Huhuhu… Akibat dari perancangan yang tidak tetap, semuanya jadi kucar kacir. Kena batang hidung sendiri. Menjalankan aktiviti sepanjang tahun yang padat, ditambah dengan tugas yang agak memenatkan. Menyemak, memasukkan data, menyusun dokumen, mengagihkan dan akhir sekali menyisihkan dokumen yang tidak perlu. Tugas semua itu perlu diselesaikan pada seorang kakiktangan sahaja yang menguruskannya. Memang letih!! Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan teman kerja seunit, semua diselesaikan dengan penuh kerah tenaga. Sampai sakit-sakit kaki dan tangan. Tapak tangan dan jemari ini pun dah tercalar balar akibat ketajaman kertas bersama-sama dengan dawai kokot (bullet stapler). Tidur pun tak berapa cukup, badan pun semakin letih. Target untuk selesaikan semua ini sebelum 14 November 2009. Ini antara gambar yang dapat ditangkap semasa proses-proses pembersihan dijalankan:-

Bertungkus lumus membersihkan apa yang patut

Sempat lagi nak posing



Masing-masing kusyuk buat kerja



Antara dokumen yang disenarai buangkan


Dokumen di peringkat pertama dikemaskan

Apepun tenaga dan tugasan yang dilakukan pada minggu ini, segalanya berjalan dengan sebaik yang mungkin. Gelak ketawa kadangkala menghilangkan segala kesakitan akibat kerahan dan geseran antara kertas dan jemari. Yang pasti, dah masuk minggu ke 2 nie, bermula episod baru untuk dikemaskinikan segalanya… Saksikan usaha kami nanti…

Wednesday, November 4, 2009

Mengenal Perwatakan Melalui Bulan Kelahiran Islam

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum…. Tup2… Dah hampir tibanya Bulan Ramadhan yang sememangnya dinanti, maknanya dah setahun berlalu rupanya… cepat betul ye… Azam aku bulan ramadhan tahun ini insyaAllah jika diberi peluang yang sebaiknya, dapatlah kiranya aku melakukan ibadah ini dengan penuh ketekunan dan diberkati oleh-Nya. Aku nak lebihkan amalan dan yang penting kuatkan hati aku untuk lakukan perkara yang sebaiknya aku tunaikan.

Bila difikirkan kembali ini adalah ramadhan yang ke 3 aku tidak menyambutnya bersama arwah ayahku tersayang. Terkenang pula tika kami bangun sahur seawal jam 4.30 pagi. Banyak kenangan bulan ramadhan dengan ayah. Ayah yang selalunya mengejut mak dan anak-anaknya bangun untuk bersahur. Al-maklum mak selalu tidur lewat setelah bertungkus lumus menjahit pakaian sehingga ke malam. Selalunya jika puasa tiba di cuti persekolahan ayah, mak dan aku akan tidur lewat sehingga pagi esoknya. Selalunya ayah yang akan menjahit setelah solat terawih, di sinilah aku teman ayah jahit sambil kami mendengar berkumandangnya lagu-lagu raya di radio. Radio yang menjadi pilihan ketika itu adalah radio THR atau radio muzik yang banyak berceloteh bermacam-macam cerita. Dan yang pasti ayah meminati lagu-lagu raya lama terutama lagu P.Ramlee, dia akan mengikut nyanyian lagu tersebut. Di situla yang akan merapatkan kami, ayah berkongsi cerita dan pengalamannya. Syahdunya tika ini aku teringat akan dia. Aku sayangkan ayah sebab mungkin aku agak manja dengan ayah. Aku selalu bantu ayah menjahit butang, menggosok pakaian pelanggan yang dijahitnya, membantu menjahit apa yang boleh aku bantu dan kadang kala menemannya ke johor bahru untuk menghantar pakaian pelanggan. Walaupun agak letih tapi pengalaman inilah yang mengajar aku berdikari. Tahu betapa susah dan senangnya mencari rezeki, tahu akan payahnya ayah dan mak menyara kami. Banyak sebenarnya kalau aku nak bercerita tentang ayah. Ayah… Syuad sayang ayah, syuad rindu sangat-sangat kat ayah…

Tahun ini, insyaAllah kami akan menyambut puasa dan hari raya di rumah baru, walaupun rumah tidak sebesar dan sempurna mana tapi itulah yang diimpikan oleh emak untuk meraihkan puasa kali ini dan yang pasti ayah tidak merasa untuk menduduki rumah baru kami ini. Kami tahu tuhan lebih sayangkannya dan kami sememangnya sayangkan ayah. Semoga ayah dicucuri rahmat oleh-Nya.

Friday, August 14, 2009

Virus Sakit Tekak bermula!!!

Dah lebih seminggu tekak nie lain macam sejak pergi ke negeri di bawah bayu minggu lepas... Mungkin disebabkan keadaan bercuacakan jerebu tebal di sana. Baru 2 hari aku di sana terus demam dan perit tekak.. Dalam kepala punya la takut, yelah sekarang nie musim virus H1N1 - selsema &*@!... Takutnya... Tapi alhamdulillah tekak tidaklah perit seperti sebelum2 ni.. Batuk ringan2 aje.. Selepas tiba di Ibu kota Malaysia nie, aku terus ke klinik dan doktor sarankan minum air kosong banyak2..

Sunday, July 26, 2009

Aku dalam Cinta???

Pertama kalinya perasaan ini bercerita tentang cinta, dah berkali insan cuba untuk memberi perasaan ini sejak dlu lagi tapi perasaan ini aku tahan. Waktu itu sememangnya pintu hati aku tidak terbuka untuk sesiapa. Tanggal 25 Januari 2009, tuhan telah temukan aku dengan seseorang yang aku tidak sangka sampai ke sini hubungan kami. Disayangi...

Aku tidak mengenalnya,al-maklumlah kenai pun macam tue je.. Tika itu aku kebingungan, sakit jiwa ini yang lama aku pendam, memerlukan seseorang untuk dengar masalah yang selama ini aku fikirkan. Tetiba dia muncul.. Aku pula cukup yakin tanpa segan silu bercerita segalanya kepadanya, ditakdirkan oleh Allah swt, dia sebenarnya dekat dengan aku, cuma tidak ditemukan sebelum ini. Itulah indahnya kejadian tuhan.. Mengatur segalanya tanpa kami rancang...

Agak baru hubungan kami, sepanjang berkawan, kami tidak pernah berbual. Cuma jemari yang merapatkan kami sehingga tarikh 12 Jun 2009 (sabtu), ape yang kami janjikan untuk berjumpa terjadi. Perjumpaan pertama, tidak rasa debar atau takut... Selesa seperti telah lama kenal... Janji jam 2.30 - 3.00 petang berjumpa tapi dia lewat setengah jam. Dan akhirnya kami bertemu.. Berjalan mengeliling kompleks yang sebenarnya telah aku pusing sementara menunggunya tadi. Kelakar bila difikirkan semula. Dia mungkin buntu, aku xpasti dan akhirnya kami beralih untuk ke kompleks yang lain, agaknya kurang menarik.

Sepanjang perjalanan, aku banyak berdiam. (itulah sikap aku yang xboleh diubah bila berjumpa dengan 1st met person). Tapi waktu itu kami bukan seperti pasangan bercinta tetapi teman tapi mesra.

Dan kami membuat temu janji untuk kali ke-2, pada 11 Julai 2009, dan di situ hubungan masih sama, kami makan, berjalan dan menonton wayang... Dan malam tersebut, dia meluahkan perasaan sebenarnya pada ku melalui SMS, aku terima tapi aku sangsi dengan keputusan yang aku buat. dan pada 14 Julai aku minta untuk difikirkan kembali, tetapi melihat kesungguhannya dan meminta pandangan kengkawan... Aku terima seadanya walaupun sebenarnya aku masih mencuba...


Semakin hari semakin sayang... tapi tidak tahu la... episod cinta kami.. Maklumlah cinta jarak jauh, sekali dalam sebulan berjumpa. Wajahnya pun samar2 aku ingat... Teruk kan...

Tuesday, April 28, 2009

Naik Angin!!

Pagi tadi merupakan hari aku meng'angin'kan diri berikutan fikiran aku yang x dapat nak dikawal lagi. Entah kenapa, tiba-tiba rasa darah naik ke kepala lalu meninggikan suara kepada seseorang. Memang dah lama pendam... Xtau la...

Sakit kepala ni mengalahkan sakit jantung yang telah ditikam-tikam... Berkali-kali memaki diri...

Thursday, April 16, 2009

Ambik Gambar



Hari saja2 nak buang masa kat depan PC nie, sambil2 tue wat la ape yang patut... Hehehe... Ini antara kerja buang masa aku.. hehehe.

Lagi satu

Monday, April 13, 2009

Balik Kampung

Jumaat (10 April 2009)
balik la aku ke kampung bersama akakku menaiki keretanya melalui Dengkil sambil mengharungi jalan yang basah akibat hujan yang boleh dikira agak lebat ketika itu. Hendak mengelakkan 'traffic jam' di Sungai Merab... Akhirnya tersangkut jugak perjalanan di kawasan Nilai. Keluar dari Nilai masuk ke 'Highway Utara-Selatan' menuju ke kampungku... Lega... Tapi lega sekejap sahaja, sampai perjalanan di Senawang bergerakan kenderaan agak lembab akibat hujan dan jalan licin... Memang 'jam' gila-gila.. Banyak kali ternampak 'accidents' berlaku... Satu-satu terjadi...
Niat berjalan asal diteruskan, kami singgah di rumah angah di Melaka melalui Tol Simpang Ampat, Melaka dan tiba pada jam 7.30pm... Tiba di sana, lucu melihat kenakalan anak-anak buah yang sibuk bermain di ruang tamu. Rindu terasa sehingga aku pun ikut serta meniru gaya mereka.. Selepas hampir 3 jam di sana, kami meneruskan perjalanan dan tiba di kampung kira-kira jam 12.15 malam. Alhamdulillah selamat sampai... Tapi penatnya tidak boleh diucap.
Sabtu (11 April 2009)

Jam 4.00 petang, kami sekeluarga ke rumah jiran berikutan ada majlis perkahwinan esoknya. Teman sepermainan dahulu.. Datang ke sana dengan perasaan malu-malu, al-maklumla dah lama tak jumpa orang kampung. Sampai di sana memang xtau nak wat apa... Tanya makcik2... Nak bantu ape nie? Akhirnya kami hirisla daun pandan tuk dibuat bunga rampai... Banyak gila sampai lenguh jari telunjuk akibat menekan pisau masa nak menghiris daun tue... Tapi puas, sebab dah lama xbuat... Sambil-sambil hiris, berbual kosong la ngan kawan-kawan yang lama xjumpa.. Dalam waktu yang sama, kami diberitahu keluarga pengantin perempuan telah kehilangan datuknya pagi tadi. Alangkah sedihnya perasaan mereka. Menyambut kehadiran ahli baru, dalam masa yang sama kehilangan ahli keluarga yang sedia ada. Berfikir sejenak betapa tabahnya ahli keluarga ini menerima dugaan yang tuhan turunkan pada mereka. Sampai jam 6.30 petang kami pulang menuju rumah sebab menyambut Tok Mak n Pak Tam yang kebetulan nak melawat kami dan waktu yang sama pihak bakal pengantin lelaki akan bersanggah di rumah kami untuk semalam. Selepas melayan mereka kami bertolak ke rumah kami yang satu lagi.
Dalam jam 8.00 malam kami bersiap untuk hadir ke rumah pengantin bagi menghadiri malam nikah mempelai.. Bantula pihak keluarga pengantin membawa dulang hantaran ke ruang tamu sebelum majlis pernikahan bermula. Dalam jam 9.00 malam, bermula la upacara pernikahan. Memang panjang lebar pak kadhi menerangkan satu per satu sampai letih menunggu waktu pengantin lelaki melafazkan akad. Sekarang bukan senang nak dinikahkan, banyak benda kena buat sampai yang melihat pun naik seram.
Akhirnya masa yang ditunggu tiba jam 9.30 malam, dengan sekali lafaz pengantin perempuan menjadi hak mutlak bergelar seorang isteri. Rasa syukur ketika lafaz itu disebut. Selepas mempelai menandatangani surat nikah, bacaan doa kesyukuran dilafaz dan bermarhaban di antara pihak pengantin lelaki dan perempuan. Setelah selesai, maka mempelai bersalaman di antara tetamu yang hadir. Detik yang paling terharu ketika itu, tika pengantin perempuan mencium tangan ayahnya.. Menangis memohon menghalalkan segala yang telah diberikan oleh ibu bapanya sepanjang menjaga, mendidik dan membesarkannya. Syahdu perasaan itu mengingatkan aku pada arwah ayah. Tidak sempat ayah menjadi waliku kelak.. Bagaimana perasaanku jika aku ditempat pengantin perempuan tika itu? Adalah aku lagi sensitif?

Wednesday, April 8, 2009

Teringat..

Hari ini baru teringat tentang blog aku yang dah lama aku tinggalkan... Hampir 4 bulan rasanya. Erm... Sibuk melakukan tugasan harian. Tapi xpe... xmenjadi masalah. Asalkan minat nak menaip ni masih ada. Dah hampir seminggu ni aku xberapa nak sihat. Selsema menyerang!! Tapi aku bersyukur sangat2 aku jatuh sakit... Rasa bahagia pulak. Pelik kan! Entah... Kali ini bila jatuh sakit... Rasa nikmatnya dunia. Bersyukur sangat2...