Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal Tahun 2009 dan Selamat Datang 2010



Lagi beberapa jam sahaja, berakhirlah tahun 2009 dan bermula tahun baru 2010 yang akan menceritakan pelbagai kisah suka duka yang kita belum pasti apakah permulaan ataupun kesudahannya, yang pasti tahun baru 2010 ini sememangnya kita akan terjah dan laluinya andai umur kita sehingga ke hujungnya.

Mengikut pengalamanku sepanjang Tahun 2009 ini, sememangnya banyak pengalaman yang telah dirasai. Banyak pengalaman yang tidak sangka berlaku dan tidak diingini untuk aku terima tapi biasalah, lumrah dunia. Segalanya telahpun terjadi dan yang pasti tentunya itulah pengalaman yang telah mengajar seribu erti buat semua. Bagi yang beragama islam, ianya tentu dianggap sebagai Qada' dan Qadar yang perlu percaya. Ada hikmah atas segala yang berlaku.


Jan - Feb 2009 - Pengalaman yang pertama aku rasai sepanjang Tahun ini, aku akhirnya menerima tawaran untuk menghadiri Kursus yang akan mengesahkan jawatan yang aku sandang sekarang. Selama 10 hari di Pusat Latihan Negeri Terengganu. Selang beberapa hari kursus itu, hatiku dihadiri dengan pertalian dari seseorang dan sehingga kini hubungan kami masih dalam keadaan terkawal (ye2... kawal perasaan...eheheheh). Pada awal Feb 2009, aku menerima berita yang tidak disangka, menerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) Januari. Alhamdulillah, hasil kerja dihargai walaupun sebenarnya aku memang tidak minta diberikan anugerah sebegini.


Mac - Jun 2009 - Sekali lagi diterima Anugerah Pekerja Contoh Tahun 2008 yang berlangsung di PICC (Putrajaya International Convention Centre). Seramai lebih kurang 1000 calon telah menerima anugerah tersebut di bawah Agensi/Jabatan di seluruh Malaysia dan aku adalah salah seorang dari mereka. Alhamdulillah. Pada Jun 2009, aku sekeluarga membuat kenduri doa selamat untuk arwah ayah pada 11 Jun 2009 (Jumaat) dan pada 12 Jun 2009 (Sabtu) aku bertemu dengan seseorang yang boleh dianggap istimewa.


Julai - Ogos 2009 - Terlibat dalam pebarisan untuk Hari Kemerdekaan yang berlangsung pada Bulan Ramadhan 1430H, tetapi terpaksa menarik diri berikutan wabak H1N1 melanda dan terpaksa mengurangkan jumlah ahli bagi mengelak wabak ini berleluasa.


Sept 2009 - Melibatkan diri dalam sesuatu yang tidak dijangka sehingga sekarang... Adakah aku boleh mengatasinya. Ya Allah, kuatkan hati aku dan keringat ini. Sambutan Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali setelah lebih 10 tahun, merayakannya di rumah baru yang telah lama ditinggalkan (faham ke ayat ni).


Okt - Dis 2009 - Menerima berita sedih dari seorang kawan yang sehingga kini masih belum ada penyelesaiannya tetapi ku harapkan mereka akan dapat capai apa yang diinginkan dengan izin Allah s.w.t. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan korang. Dis 2009, akakku menjalani pembedahan pembuangan lemak (bukan untuk kecantikan) betul-betul pada tarikh 1 Muharam 1431H, segalanya selamat dan masih dalam tempoh rawatan.

Yang pasti, Tahun 2009 adalah tahun yang penuh dengan cabaran, rintangan dan hidup penuh suka dan duka yang kadangkala sebenarnya aku tidak mampu untuk hadapinya. Pulihkanlah semangatku kembali.
dan berakhirnya 2009, bermulanya......

Tahun 2010 - akan bermula dengan episod baru. Aku mengharapkan yang sebaiknya aku berubah dari yang negatif ke positif. Jadikanlah aku seorang yang ingin aku realisasikan. Bimbingan dari-Mu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment