Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal Tahun 2009 dan Selamat Datang 2010



Lagi beberapa jam sahaja, berakhirlah tahun 2009 dan bermula tahun baru 2010 yang akan menceritakan pelbagai kisah suka duka yang kita belum pasti apakah permulaan ataupun kesudahannya, yang pasti tahun baru 2010 ini sememangnya kita akan terjah dan laluinya andai umur kita sehingga ke hujungnya.

Mengikut pengalamanku sepanjang Tahun 2009 ini, sememangnya banyak pengalaman yang telah dirasai. Banyak pengalaman yang tidak sangka berlaku dan tidak diingini untuk aku terima tapi biasalah, lumrah dunia. Segalanya telahpun terjadi dan yang pasti tentunya itulah pengalaman yang telah mengajar seribu erti buat semua. Bagi yang beragama islam, ianya tentu dianggap sebagai Qada' dan Qadar yang perlu percaya. Ada hikmah atas segala yang berlaku.


Jan - Feb 2009 - Pengalaman yang pertama aku rasai sepanjang Tahun ini, aku akhirnya menerima tawaran untuk menghadiri Kursus yang akan mengesahkan jawatan yang aku sandang sekarang. Selama 10 hari di Pusat Latihan Negeri Terengganu. Selang beberapa hari kursus itu, hatiku dihadiri dengan pertalian dari seseorang dan sehingga kini hubungan kami masih dalam keadaan terkawal (ye2... kawal perasaan...eheheheh). Pada awal Feb 2009, aku menerima berita yang tidak disangka, menerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) Januari. Alhamdulillah, hasil kerja dihargai walaupun sebenarnya aku memang tidak minta diberikan anugerah sebegini.


Mac - Jun 2009 - Sekali lagi diterima Anugerah Pekerja Contoh Tahun 2008 yang berlangsung di PICC (Putrajaya International Convention Centre). Seramai lebih kurang 1000 calon telah menerima anugerah tersebut di bawah Agensi/Jabatan di seluruh Malaysia dan aku adalah salah seorang dari mereka. Alhamdulillah. Pada Jun 2009, aku sekeluarga membuat kenduri doa selamat untuk arwah ayah pada 11 Jun 2009 (Jumaat) dan pada 12 Jun 2009 (Sabtu) aku bertemu dengan seseorang yang boleh dianggap istimewa.


Julai - Ogos 2009 - Terlibat dalam pebarisan untuk Hari Kemerdekaan yang berlangsung pada Bulan Ramadhan 1430H, tetapi terpaksa menarik diri berikutan wabak H1N1 melanda dan terpaksa mengurangkan jumlah ahli bagi mengelak wabak ini berleluasa.


Sept 2009 - Melibatkan diri dalam sesuatu yang tidak dijangka sehingga sekarang... Adakah aku boleh mengatasinya. Ya Allah, kuatkan hati aku dan keringat ini. Sambutan Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali setelah lebih 10 tahun, merayakannya di rumah baru yang telah lama ditinggalkan (faham ke ayat ni).


Okt - Dis 2009 - Menerima berita sedih dari seorang kawan yang sehingga kini masih belum ada penyelesaiannya tetapi ku harapkan mereka akan dapat capai apa yang diinginkan dengan izin Allah s.w.t. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan korang. Dis 2009, akakku menjalani pembedahan pembuangan lemak (bukan untuk kecantikan) betul-betul pada tarikh 1 Muharam 1431H, segalanya selamat dan masih dalam tempoh rawatan.

Yang pasti, Tahun 2009 adalah tahun yang penuh dengan cabaran, rintangan dan hidup penuh suka dan duka yang kadangkala sebenarnya aku tidak mampu untuk hadapinya. Pulihkanlah semangatku kembali.
dan berakhirnya 2009, bermulanya......

Tahun 2010 - akan bermula dengan episod baru. Aku mengharapkan yang sebaiknya aku berubah dari yang negatif ke positif. Jadikanlah aku seorang yang ingin aku realisasikan. Bimbingan dari-Mu Ya Allah.

Tuesday, December 29, 2009

Operation...

OPERATION - PEMBEDAHAN


1 Muharam 1431H (Jumaat) bersamaan dengan 18 Disember 2009 merupakan hari yang penuh debaran buat kakakku sebab pada hari tersebut pembedahan akan dilakukan, pembedahan ape? Pembedahan kecil di belakang badan. Ianya bukan kanser atau ketumbuhan, tetapi pebentukan lemak yang tidak sempurna lalu berkumpul di bahagian tertentu dan membentuk benjolan. Kalau ikut pada pengalaman rasa akak aku, ianya tidak sakit tetapi menyebabkan rasa lenguh di bahagian pinggang, mungkin disebabkan terpaksa menampung lemak tersebut dan pergerakan sedikit terbatas. Menurut kata doktor pakar yang merawat akak aku, ianya tidak merbahayakan tetapi lebih elok dibuang kerana kemungkin lemak tersebut akan lebih membesar. Bayangkanlah dahulu benjolan itu sebesar duit syiling 50sen tetapi sekarang sebesar penumbuk.


Pada hari tu, kami bertolak dari umah akak dalam waktu 7.15 pagi dan tiba di hospital pakar tersebut pada jam 7.30 pagi dan terus mendaftar nama bagi pengurusan pembedahan. Dalam tempoh 20 minit, nama akak dipanggil dan diminta mengikut 'staff nurse' ke tingkat 3 untuk ke bilik wad (perseorangan). Di situ, 'nurse' meminta akak berehat dahulu sementara diberikan pakaian untuk ke bilik pembedahan. Dalam masa yang sama, 'nurse' melakukan tugasnya untuk 'check' tekanan darah, berat badan dan suhu badan. Selepas segalanya diperiksa, 'nurse' keluar dan meminta akak tunggu di bilik bedah. Ingatkan sekejap, rupanya lama betul.. Dari pukul 8.00 pagi ke 9.00 pagi. Masih tidak muncul2 staf hospital nie... Akhirnya kami ber'posing' ambil gambar yang macam2.. Dalam masa yang sama, mak, along n ayip sampai dari Melaka (umah angah). Erm... Masing2 terus kecoh bertanya itu ini... Masa ni la mintak ayip ambil gambar aku ngan akak sementara menunggu dia dibedah.


Muka akakku yang seposen menunggu untuk dibedah (aku pun sama)



Sempat lagi main sudoku
Setibanya mak dan ayip yang siap 'landing' atas katil pesakit

Dalam jam 10.30 pagi, kiranya kami rasa bagaikan sakit kepala sebab tunggu lama sangat, dengan perut yang tengah lapar sebab x sarapan dari pagi tadi, maka aku mintak izin kat akak aku untuk turun sama dengan mak, along n ayip dan pesanan aku sebelum turun "Kak jangan lupa bagitau aku kalau nurse soh siap sedia nak operate, senang aku nak naik nnt" "Orait..." jawab akakku ringkas.


Lebih kurang jam 11.00 pagi, aku menerima sms daripada akak yang dia telah diminta bersiap untuk ke bilik bedah. Termengah2 aku berlari naik ke atas (xmengah mana pun, dekat je), nasib baik sempat jumpa masa sebelum akak ke sana, bukan ape, nak tunggu dalam bilik, almaklum ada barang peribadi yang kena juga kita perihati n jaga.


Jam 11.30pagi - Masih setia menunggu dan ayip plak yang tukar post katil akak.


Penat sangat la tu, tumpang tdo mengalahkan pesakit asal


Jam 12.00ptg - tunggu


Jam 1.00ptg - tunggu lagi...


Akhirnya jam 1.30ptg, 'katil bergerak' bersama 3 wanita beruniform menyorong akak yang terbaring ke'mamaian'. Membetulkan kedudukan akak, tiub di tangan dan segala perkakas yang berkaitan. Erm... Kami terdiam seketika. Selepas 3 wanita itu keluar, dengan mamai2 akak berkata, erm... letihnya... Owh... Dah sedar rupanya akak aku nie... Siap wat lawak bodoh... Nak tenangkan jiwa dan kesakitan... Pesanan salah seorang 'staff nurse' tadi tidak membenarkan akak untuk minum dan makan selama tempoh 2 jam lagi dan selepas 4 jam baru dibenarkan meminum air sedikit dan selepas 6jam baru dibenarkan untuk makan secara perlahan-lahan.. Kami cuma mengikut katanya dan mengiakan sahaja. Pada masa itu juga, dia memberikan 'lemak' yang diletakkan dalam bekas untuk memberi peluang pada akak dan famili untuk lihat secara jelas jumlah 'lemak' yang terkumpul selama ini di belakang badan akak. Wah!! Agak berat juga 'benda' tue, lebih kurang 1 kg. Macam x percaya pun ada. Apa lagi, aku pun 'snap' la beberapa foto utk ditunjukkan pada akak yang memang dah xlarat nak bangun. Ini dia gambar 'lemak' yang terkumpul sekian lamanya di belakang badan akak aku.



Beratnya lebih kurang 1kg


Lebih kurang jam 6.00 petang, akak dibenarkan makan dan tidak dibenarkan pulang sehingga hari esoknya. Pada malam itu, aku dan mak menemankan akak bermalam di wad, mak tido di sofa dan aku beralaskan selimut tido di tepi sofa tersebut. Jam 11.30 pagi keesokan harinya (Sabtu - 2 Muharam 1431H), akak dibenarkan pulang dan aku me'setel'kan apa yang patut. Jam 12.30 tghari, kami bergerak ke Melaka untuk meneruskan perjalanan untuk pulang.


Ikhtibar dari apa yang dilihat:-

Bila dilihat secara jelas lemak tersebut, barulah kesedaran diri lebih terbuka berkenaan dengan lemak yang ada pada diri kita cuma sistem saluran badan akak aku lain sedikit kerana terkumpul di belakang badannnya dengan berbentuk benjolan mungkin akibat kemalangan yang dialaminya dahulu (jatuh motor) hampir 9 tahun berlalu, kalau diri kita sendiri, macamana plak ye.... dan yang pasti, kalau sakit tu, jangan tangguh-tangguh, teruslah berjumpa doktor... Makan ubat (aku jenis xbape reti plak makan ubat)...

Renung2kanlah... Yang penting, jaga diri dan kesihatan...

Salam Maal Hijrah... Salam Awal Muharam... 1431H...

Wednesday, December 2, 2009

SERIBU LANGKAH MENGHARUNGI HIDUP


Memikirkan masa depan

Aku tidak pasti apa yang aku fikirkan

Sejak dua menjak ini

Sering kali termenung, menangis

Aku kebingungan, ingin mencari ketenangan


Ya Allah, apa la dugaan yang Kau duga aku kali ini

Aku bukan ingin mencari kekayaan

Cuma aku ingin memberi kesenangan dan kebahagiaan ibu bapaku

Perginya ayah tika aku sibuk bekerja

Hanya menjengahnya sekali sekala sahaja


Bukan aku nak meratap pemergian ayah

Cuma terlalu banyak kenangan

Ketika susah aku selalu bersamanya

Semasa kecil, sama-sama mebantunya mencari rezeki

Walaupun aku tahu pengorbananku tidak sebesar mana


Niatku bila ku mendapat pekerjaan tetap

Aku ingin meringankan bebannya

Tapi apakan daya

Engkau lebih menyayanginya

Tidak sempat merasa sedikit kesenangan



Kini aku kasihku cuma pada emak

Aku tidak mahu emak derita lagi

Bertungkus lumus bekerja mencari rezeki

Semata-mata ingin menyenangkan kami

Walaupun kudratnya tidak sekuat kini


Banyak impian emak belum tercapai

Aku hanya mampu mendengar, mendengar, mendengar

Apa yang boleh aku bantu Ya Allah

Dapatlah kiranya Engkau lorongkan aku jalan

Jalan untuk aku capaikan impian emak


Ketahuilah oleh Mu Ya Allah

Aku sentiasa memerlukan MU

Namun kadang kala aku akui

Aku terleka tika aku gembira

Mencari MU tika aku bersedih


Dugaan yang Kau turunkan adalah hikmah dari MU

Cuma aku tidak Nampak apa kelebihannya lagi

Hingga kini aku mencari

Sinar hidayah yang terbaik dari MU

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui