Wednesday, December 2, 2009

SERIBU LANGKAH MENGHARUNGI HIDUP


Memikirkan masa depan

Aku tidak pasti apa yang aku fikirkan

Sejak dua menjak ini

Sering kali termenung, menangis

Aku kebingungan, ingin mencari ketenangan


Ya Allah, apa la dugaan yang Kau duga aku kali ini

Aku bukan ingin mencari kekayaan

Cuma aku ingin memberi kesenangan dan kebahagiaan ibu bapaku

Perginya ayah tika aku sibuk bekerja

Hanya menjengahnya sekali sekala sahaja


Bukan aku nak meratap pemergian ayah

Cuma terlalu banyak kenangan

Ketika susah aku selalu bersamanya

Semasa kecil, sama-sama mebantunya mencari rezeki

Walaupun aku tahu pengorbananku tidak sebesar mana


Niatku bila ku mendapat pekerjaan tetap

Aku ingin meringankan bebannya

Tapi apakan daya

Engkau lebih menyayanginya

Tidak sempat merasa sedikit kesenangan



Kini aku kasihku cuma pada emak

Aku tidak mahu emak derita lagi

Bertungkus lumus bekerja mencari rezeki

Semata-mata ingin menyenangkan kami

Walaupun kudratnya tidak sekuat kini


Banyak impian emak belum tercapai

Aku hanya mampu mendengar, mendengar, mendengar

Apa yang boleh aku bantu Ya Allah

Dapatlah kiranya Engkau lorongkan aku jalan

Jalan untuk aku capaikan impian emak


Ketahuilah oleh Mu Ya Allah

Aku sentiasa memerlukan MU

Namun kadang kala aku akui

Aku terleka tika aku gembira

Mencari MU tika aku bersedih


Dugaan yang Kau turunkan adalah hikmah dari MU

Cuma aku tidak Nampak apa kelebihannya lagi

Hingga kini aku mencari

Sinar hidayah yang terbaik dari MU

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui



2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam....kesimpulannya...dalam sesebuah kehidupan itu banyak dugaan drNya.Bergantung kpd kita sbg insan yg lemah ini utk mengatasinya.Sama ada baik atau buruk,kita harus terima.Kpd org tua kita,jgnlah kita lupa padanya.Kpd yg telah pergi,sedekahkan lah surah Al-Fathihah agar roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman.Maafkan angah n kakangah diatas segala kesalahan dan kelemahan yg kami buat tanpa kami sedari.Semoga ada pembaharuan dan peningkatan dalam keluarga kita.Anyway,tahniah coz dh 2x dpt anugerah.Congrats again.

    ReplyDelete