Dah lama rasanya aku tidak meringankan jemari ini untuk menaip di blog ini. Maklum la pada 09.03.2012, selamatnya seorang bayi perempuan dilahirkan. Betapa bertuahnya aku menjadi seorang ibu selepas tarikh itu. Ya! Memang rasa bertuah dan bersyukur kerana Allah telah memilih aku dan suami mendapat cahaya mata sulung ini.
Pada 09.03.2012 yang lalu jam 07.17 pagi di hari jumaat selepas redanya hujan, aku telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.71kg walaupun aku lahirkannya secara vacuum disebabkan tak larat nak meneran masa tu. Memang pengalaman yang tidak dapat aku rungkaikan. Di post yang akan datang aku akan ceritakan:
1) Pengalaman saat-saat nak bersalin
2) Kurangnya pengetahuan tentang penyususan susu ibu yang betul
3) masalah-masalah yang dihadapi ketika dalam pantang ( ibu dan bayi)
beberapa hari lagi saya akan kongsikan cerita mengenai pengalaman-pengalaman di atas.
No comments:
Post a Comment