Pada 12 zulhijjah 1433h yang lepas, genaplah 2 tahun ikatan yang terjalin antara aku dan suami membina rumahtangga yang masih baru ini. Dikurniakan dengan seorang cahayamata perempuan, Uzma Syafiah binti Mohamed Rashid pada 9 Mac 2012. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kebahagiaan untuk kami biarpun rumahtangga pastinya ada perselisihan kecil antara faham dan pendapat. Biasalah asam garam rumahtangga kan?
Baru-baru ini kami menerima berita gembira sekali lagi aku disahkan mengandung sekali lagi namun berita ini disambut dengan kehilangannya pada 17 November 2012. Allah lebih menyayangi dia daripada aku. Mungkin itu kehendaknya untuk tidak bersama kami di bumi Allah ini. Lagipun hati aku pun berbelah bagi semasa kehadirannya pada mulanya. Entahlah. Tangisan mengalir jua bila mengetahui dia tidak bernyawa memang amat memilukan memungkinkan kecuaian aku tidak menjaganya.
Bermaksud dalam bulan ini kami merasai dua perasaan iaitu meraih kegembiraan ulangtahun perkahwinan ke-2 dan kesedihan kehilangan insan ke 2 yang sepatutnya bakal dilahirkan pada 25 Mei 2013 telah Allah kembalikan ke sisinya. Adakah kesilapanku Ya Allah? Sejak keguguran ini aku cepat naik angin dan mudah kecil hati, kenapa ya? Tabahkanlah imanku penuh taat dengan-Mu Ya Allah.
Sememangnya aku sensitif di sebalik diriku yang suka ketawa...
No comments:
Post a Comment