Monday, December 19, 2011

Al-fatihah

Kelmarin aku dikhabarkan dengan berita kematian salah seorang ahli keluarga sahabat lamaku sejak zaman sekolah menengah, kakak ipar kepada Khairul Mahiyah (yatie) dan salah seorang anaknya berkawan rapat dengan adikku.. Kenapa aku ingin menceritakan kisah kehilangan insan ini? Kehilangannya memang amat dirasai kerana dia bertaruh nyawa tika kandungan berusia 8 bulan. Akibat demam panas, kandungannya lemas dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawa si ibu tetapi selepas dibedah, arwah tidak sedarkan diri (koma). Betul kata orang-orang lama, kalau kandungan 8 bulan, bahaya jika terjadi apa-apa antara ibu atau anak.


Berbalik cerita tadi, bayi perempuannya selamat dikebumikan pada hari jumaat (09.12.2011) dan arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada sabtu (10.12.2011). Besarnya pengorbanan insan ini bertaruh nyawa ketika mengandungkan anaknya. Lebih sebak bila ke dua-dua insan ini pergi buat selamatnya serentak.. Kalau dengar cerita dari ahli keluarga arwah, arwah memang amat disayangi oleh keluarga belah suaminya terutama mentuanya sebab arwah banyak berjasa menjaga mentua dan seorang ibu yang bertanggungjawab. Diakui kehilangan arwah memang amat dirasai oleh familinya terutama anak-anaknya yang masih kecil..


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia dan ALLAH MAHA MENGETAHUI... Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat ke atas rohnya. Besar pengorbanannya, ibarat mati syahid kerana bertaruh nyawa menyelamatkan diri dan kandungan..


Al-fatihah...

No comments:

Post a Comment