Monday, December 19, 2011

Ujian MGTT & BSP

Apa itu MGTT? MGGT adalah singkatan bagi Modified Glucose Tolerance Test. Ujian ini dijalankan ke atas ibu mengandung yang berkemungkinan menghidapi Kencing Manis (Diabetes).

Bila ia diuji? MGGT akan diuji ke atas ibu mengandung disebabkan:

1) Mempunyai diabetes sebelum kehamilan/mengandung
2) Sejarah keluarga mempunyai diabetes (ahli keluarga ibu mengandung)
3) Mempunyai berat badan yang berlebihan mengikut BMI (Body Mass Index)
4) Pertambahan berat badan mendadak ketika mengandung:-
Normal – kandungan 5 bulan pertama – 0.5kg sebulan
– kandungan seterusnya – 0.5kg seminggu

Bagaimana ia diuji? Sekiranya ibu mengandung mempunyai satu satu daripada sebab-sebab di atas, ujian akan diberi dengan meminum 75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air. Tetapi sebelum ujian dijalankan, ibu mengandung perlu:-

1) Berpuasa dari jam 10 malam (sehari sebelum ujian dijalankan) sehingga jam 10 pagi esoknya
2) Tidak boleh makan atau minum dalam tempoh tersebut

Pada jam 8.00 pagi, sample darah akan diambil dengan cara suntikan dan dimasukkan ke dalam tabung uji dan larutan glukosa tadi diminum. Dalam tempoh 2 jam selepas minum larutan glukosa, tidak dibenarkan makan atau minum. Selepas tempoh tersebut, sample darah akan diambil sekali lagi. Selesai. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 – 3 hari (bergantung kepada pusat rawatan).

Apa itu BSP? BSP adalah singkatan bagi Blood Sugar Profile. Ujian ini dijalankan ke atas ibu mengandung telah menjalani ujian MGGT dan bacaan paras gula dalam darah melebihi 7.8.


Seperti pengalaman aku, ujian BSP dilakukan dengan mengambil setitik darah dengan mencucuk jarum di jari sebanyak 4 kali sehari (sekali sahaja ujian dijalankan dalam tempoh 2 minggu) bermula jam 8.00 pg - 12.00 tgh - 5.00 ptg - 8.00 mlm. 2 jam sebelum ujian, pesakit tidak dibenarkan mengambil makanan.

No comments:

Post a Comment