Thursday, December 29, 2011

Barang Untuk Anak Abah Ibu - Comel kan??? :D

Semalam aku terima barang untuk anak abah ibu yang aku order by internet . Memang seronok masa bukak.. Comei sangat. Aku beli melalui blog http://bongbongidea.blogspot.com. Terima panggilan dari staf Airpak jam 9.43 pagi nak datang hantar barang antara jam 12.00pm – 1.00pm. Nasib baik abang ada di rumah, cuti… Kerana tak sabar, tepat jam 1.00pm terus mesej abang, nak tau barang dah sampai ke tak? Lebih kurang 15 minit kemudian, abang kata: “Baru 10 minit sampai…. Beso…. Huhu…”.

Hah! Beso? Makin excited nak balik umah. Soh abang bukak dulu tak mahu, katanya biar aku yang bukak sebab aku yang beli. (Padahal, guna duit dia jugak.. huhuhu). Jam 5.25pm aku sampai di rumah. Jejak kaki kat ruang tamu, terus mata ni melilau tengok bungkusan yang dikatakan beso..

Tanya abang, “Mana abang bungkusnya?”.

Jawab abang “Tu…. (tunjuk guna bibir muncung dia)”…

Aku jawab balik “La… Comei je, abang kata beso sangat”

Jawab abang lagi “Kan abang gelak dalam mesej tu.. huhuhu”

Dengan konfiden nya, aku terus koyakkan bungkusan tu. Wah!!! Comelnya beg ni.. Memang puas hati.. Terima kasih untuk owner blog bongbongidea.. (Walaupun tak berapa ramah untuk jawab barang aku ni dah diposkan dan bayaran telah diterima)..

Apepun, memang puas ati, dah dapat beg untuk anak abah ibu nie~~ :D

Monday, December 19, 2011

Ujian MGTT & BSP

Apa itu MGTT? MGGT adalah singkatan bagi Modified Glucose Tolerance Test. Ujian ini dijalankan ke atas ibu mengandung yang berkemungkinan menghidapi Kencing Manis (Diabetes).

Bila ia diuji? MGGT akan diuji ke atas ibu mengandung disebabkan:

1) Mempunyai diabetes sebelum kehamilan/mengandung
2) Sejarah keluarga mempunyai diabetes (ahli keluarga ibu mengandung)
3) Mempunyai berat badan yang berlebihan mengikut BMI (Body Mass Index)
4) Pertambahan berat badan mendadak ketika mengandung:-
Normal – kandungan 5 bulan pertama – 0.5kg sebulan
– kandungan seterusnya – 0.5kg seminggu

Bagaimana ia diuji? Sekiranya ibu mengandung mempunyai satu satu daripada sebab-sebab di atas, ujian akan diberi dengan meminum 75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air. Tetapi sebelum ujian dijalankan, ibu mengandung perlu:-

1) Berpuasa dari jam 10 malam (sehari sebelum ujian dijalankan) sehingga jam 10 pagi esoknya
2) Tidak boleh makan atau minum dalam tempoh tersebut

Pada jam 8.00 pagi, sample darah akan diambil dengan cara suntikan dan dimasukkan ke dalam tabung uji dan larutan glukosa tadi diminum. Dalam tempoh 2 jam selepas minum larutan glukosa, tidak dibenarkan makan atau minum. Selepas tempoh tersebut, sample darah akan diambil sekali lagi. Selesai. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 – 3 hari (bergantung kepada pusat rawatan).

Apa itu BSP? BSP adalah singkatan bagi Blood Sugar Profile. Ujian ini dijalankan ke atas ibu mengandung telah menjalani ujian MGGT dan bacaan paras gula dalam darah melebihi 7.8.


Seperti pengalaman aku, ujian BSP dilakukan dengan mengambil setitik darah dengan mencucuk jarum di jari sebanyak 4 kali sehari (sekali sahaja ujian dijalankan dalam tempoh 2 minggu) bermula jam 8.00 pg - 12.00 tgh - 5.00 ptg - 8.00 mlm. 2 jam sebelum ujian, pesakit tidak dibenarkan mengambil makanan.

Masuk ke trimester kehamilan – 27 Minggu - PEDIH ULU HATI MELANDA

Dah 2 hari aku rasa tak selesa perut ni, rasa pedih hulu hati plak.. Suruh buang angin, ia x mau.. Sendawa lagi la susah.. Disebabkan tak selesa ni, aku cuba search by internet tentang punca ulu hati dan cara macamana nak atasinya ketika mengandung..

Cari punya cari kat internet ni, ada satu blog yang menarik dibaca. Kalau ikut penulisan empunya blog tu, dia nyatakan punca dan cara mengurangkan pedih hulu hati. Okeylah, di bawah ini aku nyatakan punca dan cara mengurangkannya:-

Puncanya:
Lebihan asid dalam perut dan disebabkan tekanan perut yang semakin membesar. Pemakanan yang boleh menyebabkan asid itu terjadi:-

PUDINACOKLATTOMATOBAWANGMAKANAN BERLEMAKKOPITEH JUS BUAHAN SITRUSAKHOHOL

(rumusan: makanan sejuk, bergas, kafein, akhohol memang tidak digalakkan untuk makan)

Untuk kurangkan:
Pemakanan: makan makanan berhalia untuk keluarkan angin
Selalu bersenam (kecuali melibatkan cara membongkok), pakaian longgar, tidur di posisi kepala dinaikkan sedikit dan mengiring ke kiri.

Selain itu, terbaca tips dari blog:
http://ratuhati.wordpress.com/2007/05/11/pedih-ulu-hati-ketika-hamil/

Jika anda sedang hamil, mungkin anda akan mengalami pedih ulu hati. Untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa tidak selesa ini, amalkan tips berikut :

Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.

Makan secara perlahan-lahan.

Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.

Elakkan makanan-makanan yang pedas.

Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.

Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.

Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.

Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.

Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.

Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.

Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.

Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.

Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.

rujukan :
babycentre.com
medicine.com
webmd.com

Al-fatihah

Kelmarin aku dikhabarkan dengan berita kematian salah seorang ahli keluarga sahabat lamaku sejak zaman sekolah menengah, kakak ipar kepada Khairul Mahiyah (yatie) dan salah seorang anaknya berkawan rapat dengan adikku.. Kenapa aku ingin menceritakan kisah kehilangan insan ini? Kehilangannya memang amat dirasai kerana dia bertaruh nyawa tika kandungan berusia 8 bulan. Akibat demam panas, kandungannya lemas dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawa si ibu tetapi selepas dibedah, arwah tidak sedarkan diri (koma). Betul kata orang-orang lama, kalau kandungan 8 bulan, bahaya jika terjadi apa-apa antara ibu atau anak.


Berbalik cerita tadi, bayi perempuannya selamat dikebumikan pada hari jumaat (09.12.2011) dan arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada sabtu (10.12.2011). Besarnya pengorbanan insan ini bertaruh nyawa ketika mengandungkan anaknya. Lebih sebak bila ke dua-dua insan ini pergi buat selamatnya serentak.. Kalau dengar cerita dari ahli keluarga arwah, arwah memang amat disayangi oleh keluarga belah suaminya terutama mentuanya sebab arwah banyak berjasa menjaga mentua dan seorang ibu yang bertanggungjawab. Diakui kehilangan arwah memang amat dirasai oleh familinya terutama anak-anaknya yang masih kecil..


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia dan ALLAH MAHA MENGETAHUI... Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat ke atas rohnya. Besar pengorbanannya, ibarat mati syahid kerana bertaruh nyawa menyelamatkan diri dan kandungan..


Al-fatihah...

Friday, December 16, 2011

Masuk Minggu ke 26

Ikut pada post blog aku yg lepas, aku telah menghadiri 5 daripada 6 temu janji yang telah dibuat. Maka keputusan daripada temu janji tersebut:-

05.12.2011 - Ujian darah - dapat keputusan semalam, doktor kata semua ok.. tiada masalah
07.12.2011 - Jumpa Pakar Hospital Sultan Ismail (HSI) - diberikan jadual makanan yang betul
12.12.2011 - Jalani ujian darah BSP (4kali) - Hasil Keputusan:-
8.00 pagi - 4.9 (normal)
12.00tghari - 3.8 (kurang gula)
5.00 ptg - 5.8 (normal tapi hampir-hampir ke 6.0)
8.00 mlm - 6.9 (tinggi ) - sebab makan popia seafood = udang+ketam+sengkuang+lobak+telur) ngan makan tembikai 2 potong
14.12.2011 - Berjumpa dengan misi (rawatan bulanan) - ok
15.12.2011 - Berjumpa dengan doktor - doktor nasihatkan jaga makan. mintak jalani BSP pada 30.12.2011, kalau kali ini naik lagi, kompem kena suntikan insulin (tahap dah teruk)

Thursday, December 8, 2011

Jumpa Pakar Pemakanan di Hospital Sultan Ismail (HSI)

Seperti di post blog aku sebelum ini berkenaan dengan temu janji, semalam (07.12.2011) aku menghadiri sesi taklimat nasihat pemakanan berkenaan dengan Diabetes ketika hamil yang disampaikan oleh Pakar Pemakanan (Dietician), Klinik Diet - Hospital Sultan Ismail (HSI), Taman Mount Austin. Nama pakar tu aku lupa, huhuhu.. tapi satu info yang baik untuk semua yang hadir. Rasanya nasihat ini bagus diberikan kepada ibu mengandung di 1st trimester yang tidak mempunyai masalah kerana info pemakanan yang disampaikan memang mudah diikuti dan boleh dijadikan amalan sepanjang tempoh kehamilan.

Setelah mendapatkan kebenaran untuk keluar dari Ketua Unit, pada jam lebih kurang 1.00 ptg, aku bergerak dari ofis ke HSI melalui Taman Pelangi terus merentasi Tebrau yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Al-maklum lah, banyak benar lampu isyarat. Aku sampai di perkarangan HSI jam 1.40 ptg tetapi masalah parking kereta plak jadi punca aku terpinga-pinga. Kalau ikut plan parking HSI ni, pertama kali kedatangan aku ke sini memang menjadi kekeliruan. Susah juga...


Setelah mendapat tempat letak kereta yang agak jauh dari bangunan yang aku ingin tuju, tepat jam 2.00 ptg aku melangkahkan kaki ke Kaunter Pendaftaran. Kira mudah juga nak cari Klinik Pakar ni. Di Lobi Utama Hospital, belok ke kanan, nampak je signboard CRC (Central Register Counter) dan Farmasi, terus jumpa Klinik Diet ni. Jam 2.30 ptg sesi taklimat bermula. Lebih kurang 10 orang pesakit macam aku ni mengikut program diet ni.

Oklah, di sini aku rumuskan apa yang aku pelajari dari kesilapan pemakanan aku selama ini.

Setelah dikenalpasti mempunyai diabetes ketika mengandung:-
1) Makanan yang perlu dielakkan:- aiskrim - susu pekat manis - semua kuih manis terutama yang ada gunakan gula merah- glukos - buah dalam tin - semua jenis gula - madu - kek - coklat - jem - kaya - minuman ringan
p/s: milo + air kotak + jus juga adalah tidak digalakkan


2) Makanan terhad:-* Bijirin => nasi - roti - kraker - oats mentah - chapati - tosai - bubur nasi
* Sayuran berkanji => Ubi kayu - labu - sukun - dhal - keladi - kacang peas - baked bean - kentang - jagung tin

* Buah-buahan => limau - pisang - epal - belimbing - tembikai - betik - nenas - manggis - plum - laici - langsat - jambu air - jambu batu

* Hasil tenusu => susu tepung rendah lemak - susu rendah lemak - yogurt rendah lemak tanpa perisa


3) Makanan Bebas:-
* Cecair => air mineral - teh - barli - kopi - sup - limau nipis

* Perasa dan rempah => serbuk cili/kari - herba - rempah ratus - lada sulah - cuka - lada hitam

* Sayuran berdaun => bayam - kailan - sawi - ulam - kobis - sayuran berdaun


Selain menasihatkan jenis makanan yang boleh diambil pemakanannya, Pakar Pemakanan juga telah memberikan jadual pemakana.






Friday, December 2, 2011

Rawatan Susulan Ibu Mengandung - Dis 2011

Pada 25.11.2011, aku telah menjalani rawatan susulan setelah aku disahkan ada kencing manis di tahap bacaan 8.9 (kiranya glukosa terganggu). Rawatan susulan ini dinamakan BSP - Ujian gula dalam darah. Diuji sebanyak 4 kali pada hari tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Sebelum setiap ujian dijalankan, aku diarahkan untuk berpuasa selama 2 jam. Berikut bacaan setiap ujian tersebut:

Jam 8.00 pagi - 4.7 (normal)
Jam 12.00 tghari - 5.3 (normal)
Jam 5.00 petang - 3.7 (kurang gula pulak)
Jam 8.00 malam - 7.9 (ada kandungan yang tinggi dalam darah)

Mengikut teguran misi yang bertugas malam tu, dia tanya apa menu yang aku ambil sebab tiba-tiba naik mendadak. Rupanya menu yang aku ambil xsesuai dimakan waktu itu - Nasi berlauk + air sirap. Nasihat misi jika ingin minum air bermanis, letakkan perahan limau bersama. Katanya sirap ni tinggi gulanya. Pengalaman mengajar kan...

Aku diberi temu janji untuk berjumpa doktor pada 1/12/2011 dan setelah berjumpa doktor, doktor mengarahkan aku untuk melakukan beberapa temu janji lagi pada bulan ini. Ada 6 temu janji!!! Banyak betul...

05.12.2011 - Kena buat ujian darah lagi dengan klinik luar - jam 9.00pagi
12.12.2011 - Jalani ujian darah BSP (4kali) - kompem kena cuti
14.12.2011 - Berjumpa dengan misi (rawatan bulanan) - jam 2 ptg
15.12.2011 - Berjumpa dengan doktor - jam 2 ptg
07.12.2011 - Jumpa Pakar Hospital Sultan Ismail (HSI) - untuk nasihat pemakanan dan ujian
21.02.2012 - Jumpa Pakar Klinik Kesihatan Masai - dapatkan nasihat kesihatan

Rumit rupanya bila didapati Kencing Manis ni, silap aku juga tak jaga permakanan.. Maafkan ibu sekali lagi ye anak abah ibu, ibu tak berhati-hati...

Malam tadi baby sangat aktif bergerak, kanan ke kiri... :D
Moga anak abah ibu tak ada apa-apa, biar ibu susah sikit, dia kat dalam tu sukaria pun tak pe...

Monday, November 21, 2011

Bacaan Darah 8.9 - Erm... Suspek Kencing Manis

Jam lebih kurang 5.15pm aku mendapat panggilan dari Klinik Kesihatan Ibu Mengandung - Masai, bacaan darah aku kurang baik mengikut ujian darah yang dilakukan pada 17 Nov 2011 yang lalu. Aku suspek KENCING MANIS!!!

Bacaan sebelum minum glukosa (Puasa ) - 4.5 (normal)
Bacaan selepas minum glukosa ( lepas 2 jam ) - 8.9 ( Toleras Glukosa terganggu)

Maafkan ibu ye anak abah ibu, ibu tak jaga makan selama 4 minggu sebelum ini. Mungkin ibu banyak makan makanan manis. Aku pun perasan sebenarnya, aku banyak makan biskut coklat dan benda manis-manis dalam tempoh sebulan lepas. Entah kenapa? Patutlah masa scan tengahari tadi, doktor kata bayi dalam kandungan ini besar sedikit (ukuran 24 minggu ) sedangkan aku sekarang 23 minggu.


Disebabkan masalah ini, misi KK Masai minta aku datang ke klinik pada hari jumaat ini untuk buat ujian darah 4 kali sehari jam 8 pagi - 12 tengahari - 4 petang - 8mlm... Aduhai...
Selepas itu, pada selasa depan terpaksa jumpa doktor. Kena kaunseling la nampaknya...

Sekarang ini, aku menjalani masa berpantang, makan dan minum makanan berkhasiat. Semua makanan bergula aku elakkan sepenuhnya... terutamanya coklat manis dan aiskrim...

Maafkan ibu ye anak abah ibu....
Ibu tak jaga makan...
Abah pun dah mula risau...

Wednesday, November 16, 2011

Berat Terlebih Naik, Darah Cair Pulak

Petang tadi pergi monthly check-up.. Terkejut bila dapat result 'Berat terlebih' - xpasal2 report card merah.. huhuhu.. mesti pekena daging korban banyak.. hehhe...

Kalau ikut aturan dan berat badan yang normal bagi ibu mengandung, untuk tempoh dah masuk 5 bulan ni, peningkatan berat badan cuma 0.5kg seminggu. Jadi bila kiraan untuk 4 minggu kepeningkatan yang maksimum cuma 2kg tapi aku : 2.8kg ... Hohohoho... Naik 0.8kg, banyak tu.. Xpasal2 esok kena minum air gula. Kena puasa start jam 10mlm ni hingga pagi esok...

Report kad merah untuk bulan nie:-

Berat Badan : +2.8kg - terlebih 0.8kg
Kepekatan Darah : 10.9 HB (gm%)

Kalau berat badan naik, takut kebarangkalian diabetis berlaku - Kencing Manis / Darah Tinggi
Kepekatan Darah, sangat bahaya kalau kurang sebab kemungkinan boleh berlaku :-
1) Tumpah Darah
2) Keguguran dalam kandungan
3) Bersalin tidak cukup bulan
4) Masalah pada bayi
5) Puncanya kurang vitamin dalam pengambilan sayuran hijau.
6) Nasihat: Makan banyak sayuran hijau terutama bayam, makan kerang, hati, ikan bilis yang banyak zat untuk pembinaan vitamin dalam pembentukan darah

Patutlah aku sekarang cepat rasa letih dan penat.

Takutnya dengar, harap-harap anak abah ibu tak apa-apa. Risau sangat-sangat. Lepas ni ibu pastikan jaga pemakanan.


Tuesday, November 15, 2011

Kaki Kerap Kejang dan Aku Cepat Terasa Sekarang...

Kaki ‘Cramp’ Lagi…

Pagi tadi sebelum nak bangkit dari tidur, kaki kanan ku kejang lagi buat kali ke 2. Sebelum ini, pada pagi ahad yang lalu... Nasib baik ada abang tolong urutkan apa yang patut. Alhamdulillah kaki tak teruk seperti sebelum-sebelum ini. Pagi-pagi aku dah tampalkan koyok Saloplas yang dibekalkan oleh abang.

Bercerita tentang ‘cramp’ ni, sejak ahad lalu, ‘baby’ dalam perut ni mungkin terkejut kaki ni kejang, dia bergerak aktif… Lepas dari pagi tu, dia kurang gerak sampai aku pun rasa risau, kenapa anak abah ibu ni tak mahu gerak sangat seperti hari-hari biasa. Adakah disebabkan aku makan buah jambu air dan buah lai yang banyak dia tak berapa suka dan rasa ‘sejuk’? Dah masuk 3 hari ni dia tak selalu gerak. Malam semalam sebelum tidur aku siap usap dan bercakap-cakap dengan dia: ‘Anak abah ibu ni kenapa tak gerak sangat ni? Sihat tak kat dalam ni? Ke ibu silap makan sampai anak abah ibu tak nak gerak?’. Tetiba meleleh airmata ni.. Aku mengiring ke kanan dan terus tertidur... Sedih..

Abang pun macam kurang sihat sejak dua menjak ni, tidur dia berdengkur. Selalunya tak macam tu. Sekarang kerap sangat. Boleh dikatakan setiap hari. Mungkin sebab penat kerja tanpa cuti. Abang pun macam tak ada ‘mood’ layan dan berbual dengan aku malam tadi. Huhu…(kecik hati). Faham mungkin abang pun dah penat.. Sian kan abang..

Aku pun pelik sejak 2-3 hari ni aku kerap rasa macam nak marah-marah... Kenapa ek???

Thursday, November 10, 2011

Kesimpulan Pengalaman Become Mother

Kesimpulan Tentang Pengalaman Menjadi Ibu Mengandung

Alahan
i) 1st Trimester
- Mengantuk
- Loya tekak / mabuk / pening
- Kurang selera makan
- Cepat letih / malas teramat
- Rasa ngeri di dada
- Tak boleh bau dapur terutama bau minyak masak yang dipanaskan
- Tak boleh makan dan bau coklat

ii) 2nd Trimester
- Loya tekak
- Muntah-muntah
- Susah nak tidur (Asyik terjaga malam)
- Kerap kencing
- Kaki mudah kejang
- Selera makan bertambah
- Rasa ngeri di dada makin bertambah
- Kulit gatal-gatal
- Gusi sakit di gigi geraham bawah kanan

Hilangkan alahan
i) Makan asam (pada minggu 1 hingga 8 )
ii) Makan buah-buahan terutama buah jambu batu dan epal hijau, sangat suka makan (dari awal hingga sekarang)
iii) Makan Koko Krunch dengan air susu yang banyak untuk hilangkan rasa mual nak minum susu.
iv) Makan makanan bersup – tidak bertumis
v) Makan ikut waktu
vi) Selalu kunyah biskut-biskut jika rasa loya


Pengalaman di 2nd Trimester, pada minggu ke 18, aku mula rasa ‘baby’ aku hidup.. Dia mula bergerak aktif. Seronok. Pengalaman yang amat-amat aku teruja. Sejak itu, aku suka berbual dengan dia dan risau jika dia jarang bergerak. Sehingga kini dia makin aktif bergerak.. Sayang anak abah ibu – Itu perkataan yang selalu aku ucap untuk dia.

Aku dah boleh masak di dapur, buat kerja rumah dan makan benda-benda berlemak. Jadi rajin sikit.

Pengalaman selama 21 Minggu Menjadi Mak Buyong

Minggu ni dah masuk 21 mggu aku bergelar ‘mak buyong’… Hehehe… Alhamdulillah.. Masih sihat dan ada tenaga untuk bergerak ke sana sini. Hari ini aku baru nak bercerita tentang pengalaman aku ‘membawa’ si comel dalam perut ni. Pengalaman menjadi ibu mengandung memang ada cabarannya. Bak kata orang, ragam orang mengandung ni lain-lain. Ada yang tiada alahan, ada pula sebaliknya.

Bercerita tentang pengalaman sepanjang 21 minggu (Jun 2011 – November 2011):

Julai 2011
Sebelum ni, tanda-tanda awal aku rasa teramat ngantuk bila pagi. Pada awal bulan ini aku cuba uji – Pregnant Test (walaupun sebenarnya aku tak lewat pun datang bulan, kalau ikut kitaran haid aku normal seperti biasa 28 – 30 hari). Terkejut tengok ‘result’ +ve. Bila abang baru sampai rumah dari tempat kerja, tak sempat dia nak duduk aku dah panggil dia naik ke bilik untuk tunjukkan ‘result’. Abang terus senyum tapi tak nampakkan muka ‘excited’ sebab macam percaya tak percaya.

Pada bulan ini aku uji sampai 3 kali sebab takut alat sebelum-sebelum ini ada masalah, keputusan tetap sama, +ve. Tak puas hati lagi membuatkan aku ingin membuat rawatan di Klinik Swasta – Mazmedic Taman Dahlia, Pasir Gudang. Doktor sahkan aku mengandung +4 minggu… Alhamdulillah… Syukur…

Ogos 2011
Bulan Ramadhan bermula. Pada mulanya keadaan aku ok tapi setiap kali bersahur, ( makan + minum susu + ambil vit-pregnant yang doktor bagi ) aku akan keluar semula apa yang aku makan. Pening kepala tahap gaban . Akhirnya aku ambil keputusan tak minum susu dan makan vitamin untuk beberapa minggu. Namun Alhamdulillah, aku boleh berpuasa walaupun kantoi 3 hari.

Abang dah mula nasihat supaya ambil susu dan vitamin semula sebab takut bad effect kat baby. Nak nangis~~~

Mula tak selera nak makan terutama tengok ikan besar2 memang meloyakan tapi bila balik rumah mak selera makannya bertambah. Muntah-muntah pun tak. Pelik betul.

Cepat letih terutama bila balik kerja terus rasa nak tidur sampaikan ada beberapa kali aku lupa mandi. Abang pun apa lagi, bising… Sori ek abang…

September 2011
Keadaan beransur pulih, selera makan pun dah bertambah. Pada 7 September 2011 ( dah masuk +12 minggu ), aku daftarkan diri di Klinik Ibu Mengandung Masai. Ditemankan abang. Jenuh menunggu rawatan dari pukul 7.45 pagi sampai 1.00 petang. Akhirnya aku ambil Cuti Kecemasan. Mula makan vit-pregnant yang diberi oleh pihak Klinik Kesihatan:-

Ambil sebelum makan
(1) Acid Folic
(2) Iron – Zat besi (makan 1 jam sebelum makan)

Ambil selepas makan
(1) Vit B
(2) Vit C

Jururawat sarankan makan vitamin ni dengan jus buah sebab lebih mudah hadam.

Oktober 2011
Awal bulan aku mula buat hal. Mungkin lambat makan, perut dah masuk angin. Kepala mula sakit sampaikan setiap kali makan muntah semula. Abang mula-mula ingat aku ikutkan sangat badan tu tapi lepas balik dari klinik terus aku muntahkan apa yang aku makan pagi tadi. Teringat gelagat abang bila dia tanya nak makan apa tengahari ni, aku kata tak da selera, terus dia tinggikan suara “Tak nak makan pulak! Nanti sakit lagi susah”. Terdiam aku. Masing-masing senyap dan akhirnya aku cakap abang beli la apa-apa. Kami terus singgah di kedai makan untuk nasi bungkus. Pada hari tu, aku muntah setiap kali aku makan. Perut dan tekak mula perit. Sampai tak larat badan. Akhirnya aku cuti sakit + cuti rehat.

Pada 10.10.11 aku diserang cirit birit pulak, buat rawatan di Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru. Datang dari pukul 10.30 pagi, tunggu rawatan sampai pukul hampir 4 petang. Penat sungguh dan lapar. Doktor bagi cuti sakit hari tu. :P (Memang betul-betul sakit, sakit perut + sakit menunggu, apasal la lambat sangat klinik ni, agaknya kalau dah kritikal, mesti dah berbuih-buih mulut menunggu. Huhuhu…) :P

Sementara tunggu abang ambil, aku isikan perut dengan keropok.

Diserang demam selesema. Kahak dan lendir penuh di hidung. Loya dah mula datang balik.

November 2011
Diserang kejang kaki (sebelah kiri) ketika mengeliat nak bangun dari tidur. Aduiiii…. Sakitnya tak dapat nak cakap. 3 hari baru lega. Abang memang ambil berat, dia sapukan YOKO-YOKO dan tampalkan koyok lada. Bila dia cuba urut, aku mengelak sebab terasa sangat bila dia picit. Menangis.. huhuhu…

Loya diserang semula setiap kali bangun pagi.

Banyak betul pengalaman sepanjang tempoh 21 minggu aku mengandung ni. Huhuhu…
Mungkin kurang imun badan kot.

Thursday, November 3, 2011

HB - Terima kasih abang...

Muka kena paksa posing depan kamera...

Orang soh kata sedap, dia buat muka ek.. :D


Menu yang kami pesan di Secret Recipe's




Popia seafood yang memang sedap.. Nak cuba buat...


Lasagna - Kecik n comel



Kek pisang - Peberet abang...



Pada 25 Okt 2011 yang lalu merupakan hari lahirku yang ke 29 tahun. Alhamdulillah, Allah teruskan nyawa aku dengan penuh kesyukuran dan pada hari lahir tahun ini aku sedang 'mengandungkan' anak kami yang pertama yang masuk 5 bulan kini.. Sesungguhnya kesyukuran berlipat kali ganda. Sebelum ini abang dah hadiahkan sesuatu yang memang aku suka dan terima dengan hati yang luas terbuka... Dapat hadiah seminggu awal.. :D ... Tak kisah abang bagi apa, aku terima dengan penuh kasih sayang asalkan ianya benda yang membawa kebaikan... Wah!! ehehehe...


Ok, berbalik tarikh ini, abang yang sebenarnya kurang sihat meraihkannya di Secret Recipe's, JUSCO Tebrau Johor Bahru. Membuat pesanan serba ringkas, kami menjamunya dengan penuh kekusyukan. Yela, pertama kami datang bersama ke sini. Dalam jam 6.15pm kali pun pulang sebab badan abang dah mula rasa 'lain macam'. Demam kembali. Kalau ikutkan, masa besday abang, aku sakit. Masa besday aku, abang plak tak sihat..


Apepun... Terima kasih banyak2 abang... Sayang abang sangat2.. MUahhh>>>>

Kek Coklat tanpa butter





Kek coklat yang aku buat ni memang senang nak buat. Aku yang tak berapa reti buat kuih ni pun pertama kali dapat membuat dengan jayanya. Cuma terlebih bikarbonat, jadi rasanya spoil sket.. Sukatan yang digunakan pun xperlu penimbang.. Semuanya berpandukan cawan dan sudu.. Kalau sesiapa nak mencuba boleh layari laman web ini http://www.myresepi.com/ Ianya memang banyak membantu bg mereka yang baru nak belajar memasak (macam aku nie). hehehe...


Tapi disebabkan dah buat 3 -4 kali, jadi nak rasa sedap sikit, resepi asal aku tolak n tambah... jadi rasa keknya pun dah makin ok.. Kalau ikut resepi asal ada letak topping choc di atasnya. Disebabkan ada keprihatinan dan pandangan dari penguji rasa (terdiri daripada suami dan adik-beradik), aku ubat coklat tu di dalamnya... Jadi, bila makan, coklat tu cair di mulut.. Nyam.. Nyam.. :D


Manik....

Jahitan manik di hujung tangan


Bunga tabur di baju hadapan


Akhirnya jahitan manik untuk baju rakan pejabat telahpun disiapkan.. Alhamdulillah, syukur sangat dah jalankan amanah yang diberikan dan dia pun terima hasil jahitan manik nie... Thankz Yan.. :D


Lamanya tak berceloteh di sini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Dimulakan dengan kalimah bismillah, jari jemari yang keras ini ku lenturkan kembali untuk menaip. Rasanya dah hampir 4 bulan aku tak visit blog canggih manggih aku ni.. hihihi.. (biasalah, sapa nak puji diri sendiri kan). Kali ini aku nak sambung cerita tentang perjalanan hidup aku sepanjang 2011. Sebelum ini aku dah cerita tentang kisah hidup secara general di http://minicooperwakeup.blogspot.com/2011/07/dah-masuk-pertengahan-tahun-ke-2.html

Kalau ikut link tadi, aku himpunkan perjalanan hidup dari bulan Jan hingga Jun 2011 dan kali ini aku ingin sambung dari bulan Julai hingga Disember 2011 untuk melengkapkan pengalaman kisah aku kali ini. Hehehe... Berkisah-kisah plak, macam nak buat drama bersiri. Yela... Kang kita sekarang sedang berlakon dan Allah sedang menjuri lakonan ini, pastinya akan dinilai di padang arafah bila tibanya waktu ini. Oklah, ini kesimpulan perjalanan hidup aku kali ini:-

Julai 2011 - Mendapat berita gembira bila dimaklumkan positif by pregnancy test and refer to doctor. Buat test sendiri 3 kali (sebab macam xpercaya) dan akhirnya rujuk doktor di Taman Dahlia. Alhamdulillah

Ogos 2011 - Mula alahan/morning sickness terutama waktu nak sahur - Mungkin angin agaknya ditambah minum susu disulami dengan vit-pregnancy, terus muntah ape yang aku makan dan disebabkan itu aku terus x suka minum susu dan makan ubat... :P

September 2011 - Alahan kurang. Dah boleh makan vitamin tapi liat minum susu sebab takut muntah2.. Badan mula rasa penat. Memang perangai teruk, malas tahap gaban. Abang banyak membantu dalam urusan kerja rumah. Terima kasih abang, memang memahami kemalasan saya nie.

Meeting tergempar bersama Pegawai atasan tentang isu tugas PT di unit aku. Mereka bercerita tentang isu yang lama aku dengar fungsi tugasan aku dan mereka menyatakan keseluruhan cerita tersebut dan aku cuma mampu mendengar dan ikut arahan. Terima jela... Kalau ada yang rakan sepejabat tidak puas hati. Aku terima.

Oktober 2011 - Alahan teruk, sampai xboleh makan langsung selama 2 hari. Setiap kali makan muntah balik. Lendir di kerongkong mula banyak. Tak dapat sambut besday abang sebab masa tu la sakit tapi sempat beli adiah sebelum ni..

Emak ambil berat, sanggup datang dari kampung bila dapat tahu aku alah teruk. Bawakkan Scott's Emulsion perisa oren (walaupun leh beli sendiri). Mak pesan makan sebab ianya elok untuk baby bg pembentukkan tulang dan imun badan dia. Mekasih banyak2 mak. Sayang mak sayang2..

Abang hadiahkan untuk besday aku (bagi awal2).. Terima kasih banyak2 abang, suka sangat hadiah tu.. tak kisah abang bagi kecik besar mana pun saya suka sebab abang memang baik sangat (ganda 23) dengan ayang. Doa yang terbaik untuk abang saya dapat berikan. Sayang abang...

Baby dah mula bergerak... Yea................

November 2011 - Baby dalam perut makin aktif bergerak :D... Suka berbual2 ngan dia.. Setiap kali bual, dia pun bersuka ria dalam 'rahim' ni... Selalu dengarkan dia Asma Husna, tiap kali dengarkan dia senyap...

Diserang selsema.. Aduhai... Dah masuk ari ke 5 aku selsema.. Bila tido tak boleh nak nafas guna hidung.. Mulut sampai kering... tak nyenyak tido.. cepat letih... Abang cadangkan nak buat baby scan di klinik swasta.. Nak tgk perkembangan si dia...

Disember 2011 - InsyaAllah masuk minggu ke 24 ke atas nak survey dan beli barang baby. Mak cadangkan buat kenduri doa selamat hujung tahun nie sempena baby yang bakal dilahirkan...

Tuesday, August 9, 2011

Tersentak!!

Ya!! Itulah perasaan aku apabila terdengar ayat dari seseorang yang memang tidak dijangka terang dan nyata bunyinya... Rasa terhina pun ada dengan kata-kata berbau sindiran.. "Kepada PT yang x berapa ada kerja" (aku rasa a.k.a tak buat kerja kot) Terngiyang-ngiyang kata-kata itu... Kalau teringat apantah lagi ternampak muka insan yang keluarkan kata-kata itu tadi... Walaupun tidak menyebut nama dan siapa, tetapi hint perkataan tersebut memang terang lagi bersuluh ditujukan untuk PT di Unit yang sememangnya tidak begitu sibuk... Rupa-rupanya, bila kita senyum sesama kita, mereka menghentam kita dari belakang...



Memang aku akui, kekurangan kerja di tempat baru ini jelas tetapi tidaklah sampai aku tak pernah buat kerja langsung. 3 bulan pertama aku kat sini pun seakan mati kutu, cuma diberi kerja bila perlu. Kalau ikut pengalaman aku di tempat kerja dulu, kesibukan aku lebih dari di sini, bangun dari tempat duduk pun berat selagi kerja tidak habis. Sepanjang tahun bekerja pernah wujud bila Sabtu dan Ahad tidak pernah cuti, balik setiap hari jam 12.00 malam. Tak tahu dunia luar. Menaip surat & maklumat, Melipat surat dan mengisi borang pos yang pernah hampir lebih ribuan perlu diselesaikan dalam 1 masa, menyediakan dokumen, membuat semakan dan analisis.. Berkawan? Hanya rakan unit yang sentiasa berkerjasama tika itu, orang sekeliling tidak memahami... Rindunya saat itu...



Ditambah tika aku sibuk, ayah pergi untuk selamanya dan tidak diberi cuti kerana kelayakan cuti pada masa itu tidak cukup.. Terpaksa balik kampung berulang alik sabtu dan ahad sahaja hampir setiap minggu... Menangis... Selalu...



Entahlah, dugaan apalah aku kali ini Ya Allah. Salahkah aku 100%? Aku tahu Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk aku..



Bila terjadi perkara sebegini, alangkah indahnya kerja di tempat lama bersama rakan seunit yang saling membantu, walaupun sibuk kami tetap happy, saling bekerjasama, tidak pernah mempertikaikan mutu dan tugas orang lain.

Kali ini, aku menangis lagi Ya Allah... Kuatkanlah hati ku... (tengah sensitif, memang merapu sikit)

Wallahualam...

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan Al- Mubarak 1432H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...


Salam Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh Malaysia. Pastinya kedatangan ramadhan ini lebih bermakna dan keberkatan buat semua. Bulan baik ini, bermacam-macam dugaan akan diuji untuk menunjukkan kesabaran dan keimanan kita kepada Allah. Selalunya dugaan MAKAN-MAKAN inilah orang ramai tak tahan.. Hehehe...


Walau apapun, Selamat Berpuasa Buat Semua, lagipun hari ini dah masuk hari ke 2 berpuasa... Cepatnya masa berlalu kan...

Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah... Positif Akhirnya..




Hati ini sedang berbunga-bunga, lalalala... Tapi tak nak terlalu gembira sebab ianya masih baru. Masanya masih panjang untuk ditempuhi...


Bercerita aku kali ini tentang Kesyukuran di atas apa yang diharapkan selama ini telah termakbul. Sememangnya Allah s.w.t sentiasa mendengar apa yang aku harapkan. Menitis airmata kesyukuran ini apabila aku disahkan positif. Positif apa ya? Alhamdulillah, aku MENGANDUNG.. Setelah aku dan suami menanti 7 bulan, akhirnya berita ini kami terima.



Penantian terjadi bila rakan sekeliling mula-mula berkahwin dah terus 'lekat' dan ramai yang bertanya, dah berisi ke? yang dapat aku ucapkan, hanya menggeleng kepala "Belum ada rezeki". Adakala diri rasa terpencil... Walaupun selalu positifkan diri dan tak mau terlampau sensitif tentang pertanyaan itu, selalu happykan diri dan insan yang paling kuat bagi semangat tentunya suami tersayang.



Hermm.. berbalik pada perkataan KENAPA? Sebelum ini, aku diduga dengan musibah yang betul-betul menguji kesabaran aku. Kehilangan rezeki secara tiba-tiba yang melibatkan bertahun-tahun. Sedih, putus harapan dan rasa gagal memang bermain-main dalam fikiran. Tetapi aku ditemukan dengan suami yang betul-betul memahami dan sentiasa memberi aku semangat. Menceriakan aku, takut-takut aku selalu bersedih. Bak kata orang, musibah itu menghapus dosa-dosa kita yang telah lalu. Mengingatkan kita dengan Allah.



Bila dah berkahwin, berjauhan dengan suami selama 3 bulan dan bulan Mac 2011 baru dapat bertukar kerja seterusnya dekat dengan suami. Beberapa bulan selepas itu barulah kami dikurniakan Rezeki tidak ternilai ini.



Bagi mereka yang masih belum menerima kehadiran yang dinanti ini, janganlah berputus asa. Ada sebab dan hikmah di sebalik kurniaan Illahi ini. Jangan rasa terlalu sedih. Ingatlah, Allah sentiasa mendengar setiap suara dan keinginan kita. Antara cepat atau lambat sahaja.



Tuesday, July 5, 2011

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mula beroperasi secara rasminya pada 01.01.2011. Bertempat di kawasan Cheras. Terminal ini sememangnya mudah untuk pengguna pengangkutan awam kerana di sini disatukan terminal bas, teksi, ERL, Star - LRT dan Komuter.



Pertama kali menjejakkan kali di sini.. Wah!!! itu yang boleh diungkapkan... Besarnya... Macam kat KLIA plak.. Ada platform ketibaan dan berlepas. Erm... Memang menarik!! Keselamatan pengguna pun dijaga kerana pengguna tidak diganggu malah tidak diekori ulat-ulat tiket yang membuatkan pengguna tidak rasa selesa dan kadangkala rasa terpaksa untuk membeli tiket dengan mereka.



Sememangnya dari dulu sebelum wujudnya TBS ni, terfikir jugak kenapa tak buat stesen bas kat sini. Yela.. Macam aku dulu, duduk di kawasan Putrajaya, terpaksa melintasi ke Puduraya terutamanya bila kena naik ERL transit di Bandar Tasik Selatan kemudian menaiki LRT-Star ke Puduraya..

Jadual Berlepas mengikut syarikat bas ke destinasi-destinasi


e-Tickets untuk self service

Barisan kaunter yang sememangnya teratur dan mudah untuk dipilih

Perkarangan dalam TBS - Ada shopping lot


Lobi Pelepasan - ditemani sahabat rapat lama, Norysma (Nea) .. Mekasih Nea



Apepun, memang seronok dapat menjejakkan kaki di sini dan puashati walaupun rasa sedikit membazir sebab tempat besar, orang x ramai lagi gunakan. Biasa la, mula-mula kan.. Tengok la 2-3 tahun lagi, kompem berbaloi.. Rasanya kalau budak-budak hostel pun suka beli tiket kat sini.. Selesa..


Akan datang lagi, insyaAllah...

Friday, July 1, 2011

Dah masuk pertengahan Tahun ke 2

Dah tiba pertengahan ke 2 - 1 Julai 2011 (Jumaat), maka 6 bulan sudah berlalu dengan pantasnya. Bermacam-macam pengalaman yang dilalui antara sedar atau tidak. Oklah, bercerita tentang diri aku sepanjang 6 bulan ni:-

Januari : Menunggu pertukaran ke Johor Bahru

Februari : Di akhir bulan diterima berita yang dinanti, mendapat pertukaran ke Johor Bahru walaupun mintak ke Pasir Gudang tapi cukup bersyukur bila dah kembali ke pangkuan suami

Mac : Melaporkan diri bertugas ke Jabatan baru. Pengalaman bermula dari bawah

April : Tiada apa-apa peristiwa berlaku

Mei : Melawat a.k.a berbulan madu (hehehe.. Dah lama baru pergi) ke Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun rancangan awal nak ke Cameron Highlands tetapi disebabkan lambat booking, on the dot terus pergi sana. Mekasih abang...

Jun : Awal bulan dikejutkan dengan sakit 'Kencing berdarah'.. Gi Klinik doktor kata mungkin ada batu dan ada jangkitan kuman kat buah pinggang. Sampai sekarang x refer klinik untuk rawatan lanjutan, doktor pun kata bila ada masalah jumpa dia... aku pun wat xtau je.. Teruk kan....


Harap-harap 6 bulan akan datang berisi dan bermakna untuk semua.


Bulan 7 berakhir, bulan Ogos kembali... Dah Puasa Kita!!

:)

Tuesday, June 28, 2011

Mendalam Maksud Lagu : TANYA SAMA POKOK - Meet Uncle Hussain feat Hazama AF9

Memang menjadi pilihan ramai pendengar buat masa ini, lagu - Tanya sama pokok nyanyian Hazama AF9 bergandingan Kumpulan Meet Uncle Hussain.


Mendalam maksud di sebalik lagu ini dan bagi aku, maksudnya mengisahkan tentang diri yang rasa gagal dalam menjalani kehidupan tetapi musahabahkan diri bahawa hidup ada pasang dan surut ibarat pokok yang ada akar yang kuat walaupun dilanda ribut dan badai.


Tersesat malu bertanya

Tak tahu tak tahu ke mana

Terlalu banyak alasannya

Ku terdiam



Menyusur di kaki lima

Terlihat bayang wajah kelmarin

Tersentuh hati bagai luruh



Chorus

Tanya sama pokok apa sebab goyang

Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang

Patah sayap diduga

Seandainya rebah

Kau masih ada



Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duduk terdiam



Tak mudah namun tak susah

Terserah atas pilihan

Tersentuh hati mula luruh



Ulang Chorus

Kau masih ada

Kau masih ada

Kau masih ada

Kau masih ada



Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duduk terdiam


Tak mudah namun tak susah

Terserah pada pilihan

Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok


Monday, June 27, 2011

JUARA ML 2011 OMG - Manisnya Sepah ini?? Aaaaaa...






Akhirnya, Kumpulan SEPAH MENANG!!!



Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) berlangsungnya Maharaja (ML) Finale 2011 bermula jam 10.00 malam melibatkan 4 Finalis Juara antara Juara iaitu:-


1) Kumpulan JAMBU - Yus & Tokei





2) NABIL (satu-satunya peserta solo)




3) Kumpulan SEPAH - Jepp, Shuib & Mamat




4) Kumpulan JOZAN - Johan & Zizan



Sememangnya kesemua finalis memberikan aksi yang sangat menghiburkan dan pastinya membuatkan ternganga-nganga mulut, menampakkan gigi untuk mengambil nafas setelah penat tergelak besar terutamanya sesi ke 2 -Musikal



Memang diorang profesional..


Tabik untuk semua finalis




Debaran berakhir jam 12.00 tengahmalam yang menyaksikan




1) Sepah sebagai JUARA!!


2) Jozan - Naib Juara


3) Nabil - Tempat ke tiga (untung mamat ni balun sorang hadiah)


4) Jambu - Tempat ke empat


Tidak kira apapun nilainya, Sepah memang HEBAT!! Hadiah terbesar untuk peminat mereka.


Terharu bila tengok diorang menangis.. Aku pun meleleh airmata




Tuesday, June 21, 2011

Laluan Lebuhraya Baru - Desaru E22

Pembukaan Lebuhraya Baru - Desaru telah dilancarkan pada awal Jun 2011 dan dalam tempoh sebulan diberikan laluan secara percuma kepada pengguna, berkemungkinan pihak pengurusan mendapatkan jumlah secara rawak penggunaan lebuh raya. Masa perjalanan bermula dari Lebuh Raya Pasir Gudang - Desaru dalam tempoh 20 - 25 minit sahaja berbanding melalui jalan persekutuan tempohnya dalam 1 - 2 jam. Lebuh Raya Desaru ini agak jangkal kerana laluannya hanya 1 jalan pergi dan balik tetapi permandangan jalan ini amat menarik kerana melintasi Sungai yang panjangnya kira-kira 1 KM.
Bercerita tentang Lebuhraya baru ni sebenarnya disebabkan aku mengikut abang ke kenduri kahwin rakan setugasnya di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi pada Ahad (19.06.2011) yang lalu. Hampir 10 buah kereta berkonvoi, berkumpul di Plaza Tol Lebuhraya Pasir Gudang sebelum memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan sememangnya ok cuma adakala agak sesak di beberapa KM sepanjang lebuhraya tersebut.

Kami tiba jam 12.45pm walaupun ada kesesatan jalan berlaku... Huhuhu... Tiba di majlis kami dengan tidak sabarnya terus menikmati makanan, setelah selesai kami menunggu kehadiran pengantin bersanding yang dijangka berlangsung jam 230pm. Namun cuaca diuji dengan gugurnya hujan yang sedikit lebat. Mungkin dah puas menunggu, kami melangkahkan kaki untuk salam keruk dan bergerak keluar dari perkarangan majlis.Akhirnya berkat kesabaran menunggu, jam 230pm perarakan pihak pengantin lelaki tiba dan rakan-rakan abang mengambil beberapa gambar untuk dijadikan sebagai kenangan.

Sudah puas bergambar kami meneruskan perjalanan ke Pantai yang berdekatan. Bila sampai di sekitar pantai, FUHHH!!! ramainya... Meneruskan aktiviti berendam dan mandi pantai... lebih kurang 1 jam di sana kami pulang mengikut destinasi masing-masing... Perjalanan yang sememangnya puas dan kepenatan terasa walaupun aku tidak bergiat aktif dalam rendaman pantai tadi... :D

p/s: Gambar seterusnya tak dapat untuk dipaparkan kerana tetiba hanpon bateri abis... huhuhu.. Nak amik gambo kat kenduri tak dapat apatah lagi gambo di pantai... huhuhu... maaf ye...

Saturday, June 18, 2011

KE JOHOR BAHRU



Johor Bahru? Erm... Minggu ini aku dan abang mempunyai masa yang terluang untuk keluar bersama memandangkan cuti abang yang tidak tentu masanya. Lebih kurang jam 2.30pm, kami bergerak ke Johor Bahru melalui Senibong Cove.

Destinasi pertama kami kunjungi di KSL City, Johor Bahru berdekatan dengan Holiday Plaza untuk menonton wayang - KL Gangster arahan Syamsul Yusoff (lebih kurang 1 jam lebih) di MBO Cineplex. Sementara tunggu wayang start, kami pusing-pusing sampai sakit kaki... Menarik ceritanya dan puashati. Dah selesai menonton wayang kami singgah pula ke Pandan City - Pandan Uptown.

Posing kat papan2 iklan wayang

Sama x? Pink kaler

Jam 7.00pm, kami sampai ke destinasi seterusnya. Penat berjalan, perut pun dah kenyang, barang yang dicari dah beli, kami pun pulang ke destinasi berlindung kami. Opst!!! Hadiah untuk kawan abang x beli lagi... Esok jela jawabnya...


Juadah - nasi lemak sambal sotong = RM6.00

Juadah - Satay Kambing dan Ayam + Nasi Himpit = RM11.00

Abang menikmati satay ayam - Nyum2!!

Angry Birds yang sempat kami capai

Oklah... Esok nak ke Kota Tinggi pula... Kena berehat dulu.. Da....

Monday, June 6, 2011

ANGRY BIRD


Baru-baru ini aku dan abang telah mengunjungi PC
di PERSADA JOHOR. Lebih dari 50 booth yang terlibat dalam aktiviti anjuran PIKOM berlangsung selama 3 hari bermula 27 - 29 Mei 2011. Memandangkan abang memang dah lama menjeling2kan mata untuk membeli iPAD tetapi disebabkan harga dan application download yang perlu dibayar, terus membantutkan keinginannya. Puas bertanya ke setiap booth yang menawarkan Android yang menjadi kegilaan ramai buat masa kini, tiba-tiba kami tertarik dengan Android - MaxQ (Ala-ala Galaxy Tab - Samsung). Menariknya bila beli kat PC Fair ni semestinya free giftnya... Mintak la banyak mana kalau boleh..

Bercerita tentang Android - MaxQ ini, banyak application yang boleh kita download macam-macam secara percuma sebab secara amnya Android memang link dengan Google. Kalau seperti iPAD applicationnya dibayar melalui Apple. Bila dah banyak boleh download, maka beribu-ribu games yang menarik boleh didapati.


Oklah, berbalik dengan tajuk utama - Angry Birds ni sememangnya game yang menarik dan terbaru yang semakin disukai ramai . Merupakan Puzzle video Games yang berasal dari Finland. Mengisahkan tentang 5 karektor burung yang berbeza sangat marah kepada Evil Green Pigs (khindzir) yang telah mencuri telur-telur burung ni. Kerana nakkan semula telur-telur mereka, maka mereka berperang berhabis-habisan untuk memusnahkan khindzir-khindzir ini. Kiranya kita bermain mewakilkan untuk membantu burung menewaskan kaki pendek nie.. Dengan menggunakan lastik, Angry Birds ini akan menjadi peluru untuk memusnahkan tempat persembunyian Evil Green Pigs berkhemahkan struktur kayu, kaca atau batu.

Team Angry Birds yang comei... :)

Evil Green Pigs yang menjadi musuh mereka


Bila main game nie, automatik jadi geram kat natang hijau ni yang sememangnya secara azali memang haram dipegang apatah lagi dimakan.

Apalagi, marilah kita mencuba game Angry Birds ni, memang menarik. Selamat Mencuba dengan penuh rasa geram kat A Group of Evil Green Pigs ni. Lebih lanjut tentang game ni, layari google, baru tau.....


Sunday, June 5, 2011

BILA SAKIT ITU DATANG....





4hb Jun 2011 - Semalam entah kenapa aku kerap ingin membuang air kecil hampir 4 kali dalam tempoh jam 7.00am - 01.00pm sedangkan waktu tersebut aku tidak mengambil minuman mahupun makanan. Leka tidak leka, semasa aku keluar bersama abang, keinginan untuk membuang semakin kerap dan kali ini makin pedih... Mungkin kurang air dalam badan agaknya.
Sampai sahaja di rumah jam 6.32pm, rasa terkucil terasa lagi dan akhirnya 10 minit selepas itu aku buang air kecil lagi namun alangkah terkejut kali ini ada ketulan darah bersama dan lebih menyakitkan bila terasa ngilu yang teramat sangat... Sakit... Terus aku berlalu untuk khabarkan pada abang... Kami mula risau... Dan tidak sampai 10 minit, aku membuang air kecil lagi, lagi sekali sikit dan kali ini titisan darah jelas kelihatan.. Sudah.... Terus aku search internet by via mobile untuk tahu tanda ini adakah disebabkan BATU KARANG... Cari guna Google Search terbukti memang itu tanda-tandanya yang amat ketara dan diminta untuk rujukan doktor segera kerana berlaku jangkitan kuman di dalam buah pinggang.

7.53pm - Aku dan suami sampai di Klinik Penawar di Masai, Johor. Aku merupakan pesakit ke 4 yang masih menunggu. Dalam tempoh 20 minit menunggu, 2 kali aku membuang air kecil dan kali ini memang teramat sakit. Abang mula risau dan risaunya lebih dari apa yang aku rasanya.

8.21pm - Kini giliran pemeriksaanku. Bila doktor tanya sakit apa? Bila ku bagi jawapan "Kencing berdarah". Terus doktor mengeluh kata "Aduh.... kencing berdarah... berat tu...". Terus aku rasa bergetar dan bergenang airmataku... Setelah membuat pemeriksaan lebih lanjut, doktor menyatakan, terdapat darah dan jangkitan kuman... Jika tidak dirawat dari awal kemungkinan akan terjadinya batu karang...

9.01pm - Kami sampai di rumah, abang terus menyuruhku meminum air kosong. Seperti nasihat doktor, setiap 1 jam - 1 gelas air. Selepas makan ubat, badan aku mula rasa panas terus demam mungkin kerana kerap kencing tidak lawas dan sakit serta adakalanya berdarah.

Kesimpulan dari pengalaman aku ini:-
Atas penerangan doktor

PUNCANYA
1) Tahan Kencing
2) Kurang minum air

TANDANYA
1) Lenguh di bahagian belakang
2) Loya
3) Kencing tidak lawas dan rasa pedih serta ngilu
4) Kencing Berdarah (Tanda kronik)

RAWATAN
1) Terus berjumpa doktor (PERLU) mendapatkan antibiotik n ubat sampingan
Antibiotik perlu dihabiskan kerana kuman akan datang kembali jika tidak mengikut dos yang diberikan
2) Banyakkan minum air
3) Jangan tahan kencing

Harap pengalaman ini dijadikan ikhtibar untuk semua. Paling penting, jangan sayang untuk BUANG AIR KECIL anda kerana akan lebih berisiko jika menahannya. Pastikan minum air kosong seperti yang telah disyorkan - 8 gelas sehari.

Sunday, March 6, 2011

Malam yang sunyi

penatnya taipppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp
Hilang plak................ memang buat aku marah je ari snieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

kenapa nie............................
Bencilah...........................................
Emosi selalu xstabil sekarang nie..........................

Perut dah mula sebu... aku rasa sakit aku nie datang balik...............
kekadang terfikir... ajal aku makin sampai ke Ya Allah... Aku mula xfikir tentang manisnya hidup kat dunia nie... Sekarang hanya jalankan tugas sebagai Hamba, amalan wajib dan sunnah...

sedikit demi sedikit aku rasa nikmat hidup ditarik....
Ya Allah, aku makin hampir dengan Engkau ke.....
tapi aku tahu Engkau memang sayang aku... Sentiasa mendengar masalah aku...

AKU BENCI ORANG YANG TAMAK KEBENDAAN, KERANA KEBENDAAN PUNCA HIDUP HURU HARA.....
ORANG YANG TAMAK KEBENDAAN, MENGABURI MATA ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI....

PERCAYALAH, ENGKAU MENGANIAYA ORANG YANG LEMAH, NAMUN ENGKAU AKAN SEDAR WAKTU KETIKANYA KELEMAHAN ITU AKAN JADI MILIK ENGKAU LEBIH DARI APA YANG MEREKA TELAH LALUI KECUALI ENGKAU BENAR2 BERTAUBAT....

"doa insan teraniaya"

Teremosi la plak....

Friday, March 4, 2011

Takutnya jumpa doktor.....

04.03.2011 - Semalam abang temankan aku pegi klinik panel, maklumlah selsema dan mengambil kesempatan untuk check masalah perut aku nie... Setelah register dan nama aku dipanggil. Aku pun ceritakan lah apa sakit yang aku rasa... Doktor pun tekan-tekan la perut aku nie lepas aku cakap yang perut aku sebelah kanan bawah terasa sakit bermusim, kata doktor mungkin awak kena appendix... APA!!! Kena appendix... Biar betik!!!



Lepas jumpa doktor malam tadi, hati aku mula gelisah.. takut kena bedah... ADESS

Thursday, March 3, 2011

Erm.... Masih menunggu penempatan

03.03.2011 - Masih lagi menunggu. Sepanjang tempoh 3 hari nie, aku ditumpangkan sementara di meja CC (Ketua Kerani), memandangkan beliau sedang menghadiri kursus selama 4 hari di sana. Nasib baik dia kursus, kalau x, aku pun keras kat sini... hikhikhik... Semalam dah la dapat selsema termasuk ari nie sebab terlampau2 sejuk. Dan aku pun terlupa nak bawak blazer sebab ingatkan xlah sejuk macam kat tempat lama. Asyik minum air, dah rasa nak terkucil... Dah berapa kali aku menyiram ari nie.. Xlarat wei... Air yang abang isi dalam botol nie pun dah nak abis (900ml). Mekasih abang isikan air kosong nie... Staff kat sini ok la, semua friendly dan masih di tahap suai kenal.. Tapi kalau dibandingkan ofis HQ dengan ofis sekarang, sememangnya sape yang dok HQ patut bersyukur sebab kelengkapan semua ada, xperlulah asyik mengeluh itu ini. Dah jenis aku memang macam nie, suka memerhati dari jauh dulu kemudian baru tunjuk taring.. hahahhaahha... GELAK JAHAT LA PULOK!!


11.20am - Dikhabarkan oleh Puan Azizah semalam, aku akan ditempatkan sementara di Unit tertentu bagi mengambil masa untuk belajar tugas hakiki di sini. Kira sekarang tugas aku dengan tugas sebelumnya agak berbeza dan di sini aku bermula dengan '0' = zero. Jadi... x reti2 semua... Belajar dari sekarang ye... Wat masa 3 hari nie... kena belajar kenal orang-orang kat sini dan sememangnya aku freshies . Kena ambil tahu ha.....



11.23am - hidung aku nie dah xtahan wei... rasa pedih... Sapa2 ada ubat x? (x suka makan ubat nak makan).



11.30am - Yeah!! tempat dah ada... Leh mulakan sekarang... Syuad!! Prittt!!! Mulakan tugas baru...

Melaporkan Diri Bertugas

1 Mac 2011 - Merupakan ari pertama aku melaporkan diri bertugas di tempat baru. Seawal jam 630am, aku ditemani abang ke pejabat melalui highway Pasir Gudang terus ke susur keluar Kempas. Laluan jalan yang agak sibuk. Sebenarnya dari awal lagi abang suruh aku yang pandu kereta tapi aku ni jenis penakut sikit.. Lagi-lagi orang tengok aku memandu. Aku senyapkan diri jela... Hikhikhik...
Jam 7.25am aku sampai di tempat yang dituju. Aku dan abang minum dahulu sebelum abang melepaskan aku untuk lapor diri di pejabat kawasan Johor Bahru nie.. Jam 7.50 am aku naik ke atas. Pusing bangunan tapi tak nampak pintu masuk, rupanya aku lalu pintu belakang.. Patut la... Lastly, jumpa tapi agak konfius sebab di Bahagian depan bangunan nie tengah renovate dan aku pun refer la alamat yang tertera surat pertukaran aku nie ha....
Jam 7.54am sampai di tingkat 12, tiba-tiba rasa nak terkucil.. huhuhu... memang tepat jam 07.59am... Aku punch-card untuk melaporkan diri bertugas... MAKA bermulalah tugas baru ku yang sememangnya kena belajar dari awal... Adesss... xtau tugas ape aku kali... Macam seram je tengok tempat nie sebab banyak betul dokumen..

Sunday, February 13, 2011

Perasaan sedih kembali terusik

12.02.2011 (Sabtu)

Semalam aku rasa sangat2 tersentuh, datang dari mana perasaan itu sehingga aku sanggup mengecilkan ati seseorang yang amat aku sayangi... Tersedar dari kesilapan sendiri... aku memohon maaf secara 'sms' lantas aku menyuarakan rasa kesal yang teramat sangat. Akhirnya dia membalas secara ringkas tapi penuh makna... Entah kenapa dengan kata-katanya, perasaan berdosa memenuhi jiwa ini dan bergenang air mataku tanpa boleh ditahan lagi.... Dan buat kali pertamanya aku menangis dengan penuh rasa hiba dan melepaskan perasaan yang telah aku simpan dari malam semalam... Aku menangis teresak-esak, meraung bagai orang hilang arah... Amat menyesali apa yang aku dah buat padanya. Silapnya kecil, aku merajuk lantas memerlukan pujukan darinya... Tapi aku tahu, dia bukan jenis pemujuk...




Sakit kepala ini bila dikenang apa yang telah berlaku semalam
Kenapa aku asyik bersedih?? Tidak kah engkau sedar Syuad, bahawa sedih itu tidak akan membawa sebarang kebaikan jika terlebih menghayatinya... Allah juga tidak suka pada orang yang terlalu sedih, dan aku tahu tika kita terlampau bersedih, makhluk 'perosak jiwa' itu akan semakin hampir dengan kita... SEDARKAN...!!!!



Aku sentiasa berharap dan berdoa... Alangkah indahnya aku sekuat insan yang tabah... mengharungi dugaan dan cabaran yang telah Engkau aturkan untuk aku Ya ALLAH!!! Banyak perkara aku sedar, Engkau sentiasa memakbulkan apa yang aku inginkan antara cepat atau lambat sahaja. Betapa beruntungnya aku di sisi MU YA ALLAH... Doa dan harapanku sentiasa KAU DENGAR... Aku amat2 bersyukur...

Kini aku terima berita gembira lagi dan mungkin aku akan menerima berita gembira sekali lagi.. Mohon aku mendapat sinar yang indah dari-MU YA ALLAH...