Thursday, December 29, 2011

Barang Untuk Anak Abah Ibu - Comel kan??? :D

Semalam aku terima barang untuk anak abah ibu yang aku order by internet . Memang seronok masa bukak.. Comei sangat. Aku beli melalui blog http://bongbongidea.blogspot.com. Terima panggilan dari staf Airpak jam 9.43 pagi nak datang hantar barang antara jam 12.00pm – 1.00pm. Nasib baik abang ada di rumah, cuti… Kerana tak sabar, tepat jam 1.00pm terus mesej abang, nak tau barang dah sampai ke tak? Lebih kurang 15 minit kemudian, abang kata: “Baru 10 minit sampai…. Beso…. Huhu…”.

Hah! Beso? Makin excited nak balik umah. Soh abang bukak dulu tak mahu, katanya biar aku yang bukak sebab aku yang beli. (Padahal, guna duit dia jugak.. huhuhu). Jam 5.25pm aku sampai di rumah. Jejak kaki kat ruang tamu, terus mata ni melilau tengok bungkusan yang dikatakan beso..

Tanya abang, “Mana abang bungkusnya?”.

Jawab abang “Tu…. (tunjuk guna bibir muncung dia)”…

Aku jawab balik “La… Comei je, abang kata beso sangat”

Jawab abang lagi “Kan abang gelak dalam mesej tu.. huhuhu”

Dengan konfiden nya, aku terus koyakkan bungkusan tu. Wah!!! Comelnya beg ni.. Memang puas hati.. Terima kasih untuk owner blog bongbongidea.. (Walaupun tak berapa ramah untuk jawab barang aku ni dah diposkan dan bayaran telah diterima)..

Apepun, memang puas ati, dah dapat beg untuk anak abah ibu nie~~ :D

Monday, December 19, 2011

Ujian MGTT & BSP

Apa itu MGTT? MGGT adalah singkatan bagi Modified Glucose Tolerance Test. Ujian ini dijalankan ke atas ibu mengandung yang berkemungkinan menghidapi Kencing Manis (Diabetes).

Bila ia diuji? MGGT akan diuji ke atas ibu mengandung disebabkan:

1) Mempunyai diabetes sebelum kehamilan/mengandung
2) Sejarah keluarga mempunyai diabetes (ahli keluarga ibu mengandung)
3) Mempunyai berat badan yang berlebihan mengikut BMI (Body Mass Index)
4) Pertambahan berat badan mendadak ketika mengandung:-
Normal – kandungan 5 bulan pertama – 0.5kg sebulan
– kandungan seterusnya – 0.5kg seminggu

Bagaimana ia diuji? Sekiranya ibu mengandung mempunyai satu satu daripada sebab-sebab di atas, ujian akan diberi dengan meminum 75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air. Tetapi sebelum ujian dijalankan, ibu mengandung perlu:-

1) Berpuasa dari jam 10 malam (sehari sebelum ujian dijalankan) sehingga jam 10 pagi esoknya
2) Tidak boleh makan atau minum dalam tempoh tersebut

Pada jam 8.00 pagi, sample darah akan diambil dengan cara suntikan dan dimasukkan ke dalam tabung uji dan larutan glukosa tadi diminum. Dalam tempoh 2 jam selepas minum larutan glukosa, tidak dibenarkan makan atau minum. Selepas tempoh tersebut, sample darah akan diambil sekali lagi. Selesai. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 – 3 hari (bergantung kepada pusat rawatan).

Apa itu BSP? BSP adalah singkatan bagi Blood Sugar Profile. Ujian ini dijalankan ke atas ibu mengandung telah menjalani ujian MGGT dan bacaan paras gula dalam darah melebihi 7.8.


Seperti pengalaman aku, ujian BSP dilakukan dengan mengambil setitik darah dengan mencucuk jarum di jari sebanyak 4 kali sehari (sekali sahaja ujian dijalankan dalam tempoh 2 minggu) bermula jam 8.00 pg - 12.00 tgh - 5.00 ptg - 8.00 mlm. 2 jam sebelum ujian, pesakit tidak dibenarkan mengambil makanan.

Masuk ke trimester kehamilan – 27 Minggu - PEDIH ULU HATI MELANDA

Dah 2 hari aku rasa tak selesa perut ni, rasa pedih hulu hati plak.. Suruh buang angin, ia x mau.. Sendawa lagi la susah.. Disebabkan tak selesa ni, aku cuba search by internet tentang punca ulu hati dan cara macamana nak atasinya ketika mengandung..

Cari punya cari kat internet ni, ada satu blog yang menarik dibaca. Kalau ikut penulisan empunya blog tu, dia nyatakan punca dan cara mengurangkan pedih hulu hati. Okeylah, di bawah ini aku nyatakan punca dan cara mengurangkannya:-

Puncanya:
Lebihan asid dalam perut dan disebabkan tekanan perut yang semakin membesar. Pemakanan yang boleh menyebabkan asid itu terjadi:-

PUDINACOKLATTOMATOBAWANGMAKANAN BERLEMAKKOPITEH JUS BUAHAN SITRUSAKHOHOL

(rumusan: makanan sejuk, bergas, kafein, akhohol memang tidak digalakkan untuk makan)

Untuk kurangkan:
Pemakanan: makan makanan berhalia untuk keluarkan angin
Selalu bersenam (kecuali melibatkan cara membongkok), pakaian longgar, tidur di posisi kepala dinaikkan sedikit dan mengiring ke kiri.

Selain itu, terbaca tips dari blog:
http://ratuhati.wordpress.com/2007/05/11/pedih-ulu-hati-ketika-hamil/

Jika anda sedang hamil, mungkin anda akan mengalami pedih ulu hati. Untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa tidak selesa ini, amalkan tips berikut :

Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.

Makan secara perlahan-lahan.

Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.

Elakkan makanan-makanan yang pedas.

Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.

Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.

Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.

Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.

Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.

Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.

Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.

Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.

Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.

rujukan :
babycentre.com
medicine.com
webmd.com

Al-fatihah

Kelmarin aku dikhabarkan dengan berita kematian salah seorang ahli keluarga sahabat lamaku sejak zaman sekolah menengah, kakak ipar kepada Khairul Mahiyah (yatie) dan salah seorang anaknya berkawan rapat dengan adikku.. Kenapa aku ingin menceritakan kisah kehilangan insan ini? Kehilangannya memang amat dirasai kerana dia bertaruh nyawa tika kandungan berusia 8 bulan. Akibat demam panas, kandungannya lemas dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawa si ibu tetapi selepas dibedah, arwah tidak sedarkan diri (koma). Betul kata orang-orang lama, kalau kandungan 8 bulan, bahaya jika terjadi apa-apa antara ibu atau anak.


Berbalik cerita tadi, bayi perempuannya selamat dikebumikan pada hari jumaat (09.12.2011) dan arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada sabtu (10.12.2011). Besarnya pengorbanan insan ini bertaruh nyawa ketika mengandungkan anaknya. Lebih sebak bila ke dua-dua insan ini pergi buat selamatnya serentak.. Kalau dengar cerita dari ahli keluarga arwah, arwah memang amat disayangi oleh keluarga belah suaminya terutama mentuanya sebab arwah banyak berjasa menjaga mentua dan seorang ibu yang bertanggungjawab. Diakui kehilangan arwah memang amat dirasai oleh familinya terutama anak-anaknya yang masih kecil..


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia dan ALLAH MAHA MENGETAHUI... Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat ke atas rohnya. Besar pengorbanannya, ibarat mati syahid kerana bertaruh nyawa menyelamatkan diri dan kandungan..


Al-fatihah...

Friday, December 16, 2011

Masuk Minggu ke 26

Ikut pada post blog aku yg lepas, aku telah menghadiri 5 daripada 6 temu janji yang telah dibuat. Maka keputusan daripada temu janji tersebut:-

05.12.2011 - Ujian darah - dapat keputusan semalam, doktor kata semua ok.. tiada masalah
07.12.2011 - Jumpa Pakar Hospital Sultan Ismail (HSI) - diberikan jadual makanan yang betul
12.12.2011 - Jalani ujian darah BSP (4kali) - Hasil Keputusan:-
8.00 pagi - 4.9 (normal)
12.00tghari - 3.8 (kurang gula)
5.00 ptg - 5.8 (normal tapi hampir-hampir ke 6.0)
8.00 mlm - 6.9 (tinggi ) - sebab makan popia seafood = udang+ketam+sengkuang+lobak+telur) ngan makan tembikai 2 potong
14.12.2011 - Berjumpa dengan misi (rawatan bulanan) - ok
15.12.2011 - Berjumpa dengan doktor - doktor nasihatkan jaga makan. mintak jalani BSP pada 30.12.2011, kalau kali ini naik lagi, kompem kena suntikan insulin (tahap dah teruk)

Thursday, December 8, 2011

Jumpa Pakar Pemakanan di Hospital Sultan Ismail (HSI)

Seperti di post blog aku sebelum ini berkenaan dengan temu janji, semalam (07.12.2011) aku menghadiri sesi taklimat nasihat pemakanan berkenaan dengan Diabetes ketika hamil yang disampaikan oleh Pakar Pemakanan (Dietician), Klinik Diet - Hospital Sultan Ismail (HSI), Taman Mount Austin. Nama pakar tu aku lupa, huhuhu.. tapi satu info yang baik untuk semua yang hadir. Rasanya nasihat ini bagus diberikan kepada ibu mengandung di 1st trimester yang tidak mempunyai masalah kerana info pemakanan yang disampaikan memang mudah diikuti dan boleh dijadikan amalan sepanjang tempoh kehamilan.

Setelah mendapatkan kebenaran untuk keluar dari Ketua Unit, pada jam lebih kurang 1.00 ptg, aku bergerak dari ofis ke HSI melalui Taman Pelangi terus merentasi Tebrau yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Al-maklum lah, banyak benar lampu isyarat. Aku sampai di perkarangan HSI jam 1.40 ptg tetapi masalah parking kereta plak jadi punca aku terpinga-pinga. Kalau ikut plan parking HSI ni, pertama kali kedatangan aku ke sini memang menjadi kekeliruan. Susah juga...


Setelah mendapat tempat letak kereta yang agak jauh dari bangunan yang aku ingin tuju, tepat jam 2.00 ptg aku melangkahkan kaki ke Kaunter Pendaftaran. Kira mudah juga nak cari Klinik Pakar ni. Di Lobi Utama Hospital, belok ke kanan, nampak je signboard CRC (Central Register Counter) dan Farmasi, terus jumpa Klinik Diet ni. Jam 2.30 ptg sesi taklimat bermula. Lebih kurang 10 orang pesakit macam aku ni mengikut program diet ni.

Oklah, di sini aku rumuskan apa yang aku pelajari dari kesilapan pemakanan aku selama ini.

Setelah dikenalpasti mempunyai diabetes ketika mengandung:-
1) Makanan yang perlu dielakkan:- aiskrim - susu pekat manis - semua kuih manis terutama yang ada gunakan gula merah- glukos - buah dalam tin - semua jenis gula - madu - kek - coklat - jem - kaya - minuman ringan
p/s: milo + air kotak + jus juga adalah tidak digalakkan


2) Makanan terhad:-* Bijirin => nasi - roti - kraker - oats mentah - chapati - tosai - bubur nasi
* Sayuran berkanji => Ubi kayu - labu - sukun - dhal - keladi - kacang peas - baked bean - kentang - jagung tin

* Buah-buahan => limau - pisang - epal - belimbing - tembikai - betik - nenas - manggis - plum - laici - langsat - jambu air - jambu batu

* Hasil tenusu => susu tepung rendah lemak - susu rendah lemak - yogurt rendah lemak tanpa perisa


3) Makanan Bebas:-
* Cecair => air mineral - teh - barli - kopi - sup - limau nipis

* Perasa dan rempah => serbuk cili/kari - herba - rempah ratus - lada sulah - cuka - lada hitam

* Sayuran berdaun => bayam - kailan - sawi - ulam - kobis - sayuran berdaun


Selain menasihatkan jenis makanan yang boleh diambil pemakanannya, Pakar Pemakanan juga telah memberikan jadual pemakana.






Friday, December 2, 2011

Rawatan Susulan Ibu Mengandung - Dis 2011

Pada 25.11.2011, aku telah menjalani rawatan susulan setelah aku disahkan ada kencing manis di tahap bacaan 8.9 (kiranya glukosa terganggu). Rawatan susulan ini dinamakan BSP - Ujian gula dalam darah. Diuji sebanyak 4 kali pada hari tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Sebelum setiap ujian dijalankan, aku diarahkan untuk berpuasa selama 2 jam. Berikut bacaan setiap ujian tersebut:

Jam 8.00 pagi - 4.7 (normal)
Jam 12.00 tghari - 5.3 (normal)
Jam 5.00 petang - 3.7 (kurang gula pulak)
Jam 8.00 malam - 7.9 (ada kandungan yang tinggi dalam darah)

Mengikut teguran misi yang bertugas malam tu, dia tanya apa menu yang aku ambil sebab tiba-tiba naik mendadak. Rupanya menu yang aku ambil xsesuai dimakan waktu itu - Nasi berlauk + air sirap. Nasihat misi jika ingin minum air bermanis, letakkan perahan limau bersama. Katanya sirap ni tinggi gulanya. Pengalaman mengajar kan...

Aku diberi temu janji untuk berjumpa doktor pada 1/12/2011 dan setelah berjumpa doktor, doktor mengarahkan aku untuk melakukan beberapa temu janji lagi pada bulan ini. Ada 6 temu janji!!! Banyak betul...

05.12.2011 - Kena buat ujian darah lagi dengan klinik luar - jam 9.00pagi
12.12.2011 - Jalani ujian darah BSP (4kali) - kompem kena cuti
14.12.2011 - Berjumpa dengan misi (rawatan bulanan) - jam 2 ptg
15.12.2011 - Berjumpa dengan doktor - jam 2 ptg
07.12.2011 - Jumpa Pakar Hospital Sultan Ismail (HSI) - untuk nasihat pemakanan dan ujian
21.02.2012 - Jumpa Pakar Klinik Kesihatan Masai - dapatkan nasihat kesihatan

Rumit rupanya bila didapati Kencing Manis ni, silap aku juga tak jaga permakanan.. Maafkan ibu sekali lagi ye anak abah ibu, ibu tak berhati-hati...

Malam tadi baby sangat aktif bergerak, kanan ke kiri... :D
Moga anak abah ibu tak ada apa-apa, biar ibu susah sikit, dia kat dalam tu sukaria pun tak pe...